Responsive Banner design

Gambar Pengantin Separuh Bogel di Jalanraya

image
Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju. 
image
Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat. 

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.
Gambar ini dikhabarkan diambil berhampiran CIMB dan HSBC di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak. Nampak seperti pasangan ini akan atau telah melangsungkan majlis perkahwinan atau sekumpulan pekerja sedang mengadakan sessi fotografi.
Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna facebook dipercayai diambil berhampiran sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini, dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna facebook lain. -penamerah

Sanggup Bogel, Tetapi Marah Gambar Alat Sulit Dirakamkan

New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya.


Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan.

Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu.

Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai.

Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan.

Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial.

Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak lagi menghubunginya.

Dia kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar. - mynewshub

Penganjur Sukan Bogel P. Pinang Tulis Surat Mohon Maaf

Penganjur bersama sukan bogel di Pulau Pinang menulis surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri itu kerana “menimbulkan kekecohan” dan “memalukan” negara ini.
Albert Yam, 45, warganegara Singapura menulis surat itu yang disiarkan dalam harian berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, lapor New Straits Times Online.
“Ke hadapan kerajaan pulau Pinang, kami mohon maaf kerana menganjurkan acara naturist di Pulau Pinang, yang menyebabkan kekecohan di Malaysia.
“Kami tidak akan lakukannya lagi dan harap dapat terima permohonan maaf ikhlas kami atas salah laku itu yang memalukan negara. Kami sangat menghormati undang-undang di Malaysia, Yang ikhlas, Albert Yam Kam Hoong dan naturists.”
Sementara itu, Bernama melaporkan, lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes terhadap acara di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin dilaporkan berkata rakyat Singapura 30-an itu menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Barat Daya pagi semalam.
Sehingga semalam tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.
Sukan itu hangat diperkatakan apabila video lima minit 52 saat bertajuk “Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang” tersebar di Internet memaparkan sekumpulan individu melukis badan, menari dan mengadakan acara sukan secara berbogel. -mynewshub

Penganjur Pesta Sukan Bogel Bekas Ketua Wanita Gerakan Kedah - Dr Cheah



ALOR SETAR: Penganjur Pesta Sukan Bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, dipercayai bekas ketua Wanita Gerakan Kedah pada 1980-an.

Timbalan Presiden parti itu, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an pernah berkhidmat satu hingga dua penggal untuk parti berkenaan.

Wanita itu dipercayai berasal dari Baling itu juga pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Daerah Baling.

"Beliau tidak pernah membayar yuran keahlian lebih 20 tahun. Secara automatik, selepas 10 tahun tidak berbuat demikian, beliau bukan lagi ahli parti kita.

"Kita tidak tahu parti apa yang disertainya sekarang. Kami tidak lagi mempunyai rekod beliau di pejabat," kata Dr Cheah di Ibu Pejabat Gerakan Negeri di sini pada Selasa.

Dilaporkan bahawa klip video bertajuk ‘Penang Nude Sports Games 2014’ telah dimuat naik ke video perkongsian laman web YouTube kira-kira dua bulan lalu, menunjukkan peserta berjalan dan menari dalam keadaan bogel.

Mereka juga duduk di sekeliling api dan berkhemah pada malam itu, mengambil gambar satu sama lain dalam keadaan bogel selepas tamat setiap acara.

Klip yang dimuat naik Albert Yam, telah dikeluarkan sebelum pukul 2 petang pada Selasa.

Dr Cheah berkata, parti berkenaan mengutuk perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan norma budaya rakyat Malaysia.

"Ia tidak mencerminkan gaya hidup kita dan ia tiada kaitan dengan parti kerana beliau tidak lagi dengan kami. Itu sudah tentu tindakan peribadi beliau, " katanya, Dr Cheah menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang pemalu dan pencinta alam semula jadi.

Difahamkan bekas pemimpin itu adalah seorang guru di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kota Bharu dan telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Hari terakhir beliau di sekolah itu dipercayai pada Selasa lalu.

Pengetua sekolah, Goh Kean Seng berkata, wanita itu meletakkan jawatan sebelum video itu tersebar.

"Dia memaklumkan saya mengenai keputusannya Selasa lalu. Saya doakan yang terbaik untuk dia," katanya ketika dihubungi.

Goh menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang adil, tidak berat sebelah dan mengikuti peraturan.

"Saya agak terkejut apabila diberitahu dia adalah penganjur sukan bogel. Tidak dapat saya bayangkan.

"Dia seorang yang berat mulut, perahsia dan pendiam. Bagaimana dia boleh menjadi penganjur? " katanya yang menghormati pendirian wanita itu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai ketua sekolah, saya tidak boleh terima seorang guru yang mempunyai latar belakang seperti itu. -mStar

7 Rakyat Tempatan Terbabit Isu Sukan Bogel Di Pulau Pinang

Isu sukan bogel di Pulau Pinang: 7 rakyat tempatan terbabit

Georgetown: Tujuh rakyat tempatan antara 15 individu yang dikenal pasti terbabit dalam rakaman video pesta sukan bogel di pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, Balik Pulau. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya sedang mengesan kumpulan individu berkenaan yang terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita bagi membantu siasatan. 


“Tujuh daripada individu terbabit adalah rakyat Malaysia, Singapura (empat), Myanmar (dua) serta masing-masing seorang dari India dan Filipina. 

“Kami sudah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk orang awam bagi membantu siasatan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang di di sini, semalam. 

Kelmarin, Abdul Rahim mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah selepas menerima laporan daripada beberapa individu. 

Anjuran seorang wanita 


Difahamkan, kegiatan sukan bogel berkenaan yang kononnya bertemakan ‘kehijauan alam’ dianjurkan seorang wanita berusia 50-an dan berasal dari Sungai Petani, Kedah. 

Video terbabit yang dimuat naik di laman sosial Vimeo, dirakam oleh seorang lelaki dipercayai peserta program berkenaa yang berasal dari Singapura. 

Video berkenaan yang dimuat naik Jun lalu, menjadi topik hangat sejak Isnin lalu apabila ia disebarkan ke beberapa laman sosial lain.  -beritaharian
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates