Responsive Banner design

Wanita Hamil Berenang 2 Jam Menuju Ke Hospital Untuk Lahirkan Bayi


Seorang wanita hamil terpaksa berenang dalam sungai dari kampungnya menuju ke sebuah hospital di Bangalore, India, di mana dia kemudian selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Malaysia Nanban melaporkan.

Yellavva Balappa Gaddige menetap di "kampung air" Neelakantarayanagadde, dimana kampung ini terputus hubungan dari dunia luar selepas air dilepaskan dari empangan Basava Sagara.

Menurut akhbar itu, dia berenang selama dua jam sebelum sampai ke hospital. Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah oleh doktor, sambil menambah bahawa bayi yang baru lahir itu sihat dengan berat 4kg.



Sumber

Remaja Kahwin Anjing Untuk Buang Sial

Foto
New Delhi: Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.
“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya. Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. - Agensi

SADIS: Anak Dirogol Gara-Gara Bapa Marah

Gambar Hiasan
Ranchi, India: Seorang ketua kampung mengarahkan seorang budak perempuan dirogol sebagai hukuman terhadap bapa mangsa membelasah jiran mereka yang cuba mencabul serta menceroboh rumah mereka.
Media semalam melaporkan, bapa mangsa terkejut apabila seorang lelaki mabuk masuk ke rumah mereka pada tengah malam kelmarin untuk mencabul isterinya. 
Untuk menyelamatkan keadaan, bapa mangsa membelasah jirannya itu, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri. 

Jurucakap polis berkata, keesokan harinya lelaki terbabit mengadu kepada ketua kampung di sebuah kawasan petempatan di daerah Bokara di negeri Jharkhand.
Kata jurucakap polis itu, sebagai balasan kerana dibelasah, ketua kampung terbabit membenarkan anak perempuan lelaki itu dirogol.
“Kebenaran itu diberi kononnya sebagai hukuman terhadap bapa mangsa yang bertindak ganas,” katanya. 

Suspek kemudian mengheret budak perempuan berusia 10 tahun itu dari rumahnya ke belukar berhampiran untuk diperkosa. 

Saksi berkata, kejadian itu disaksikan ibu mangsa. 

Budak perempuan itu kemudian ditemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira sejam kemudian. 

Jurucakap polis berkata, penduduk kampung tidak campur tangan atau cuba menyelamatkan budak terbabit kerana bimbang mereka pula menjadi sasaran serangan. 

“Polis kemudian dimaklumkan mengenai insiden itu dan ketua kampung berkenaan ditangkap,” katanya. 

Kejadian itu adalah serangan seksual melampau terbaru di India - negara yang mencatatkan kes seumpama sekali setiap 22 minit. 

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan sebanyak 24,923 kes rogol berlaku di seluruh India pada 2012, namun aktivis hak wanita mendakwa realiti di negara itu jauh lebih menggerunkan.- Agensi

Pengikut Enggan Benar Mayat ‘Guru’ Dikebumi



India – Mayat seorang `guru’ yang kaya telah meninggal dunia enam bulan lalu, masih belum dikebumikan selepas pengikutnya bertelagah sesama sendiri sama ada dia sudah meninggal dunia atau sedang tidur.
Meskipun doktor mengesahkan Shri Ashutosh Maharaj, yang berusia 70-an dan memiliki harta lebih £100 juta itu, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Januari lalu, namun pengikutnya enggan membenarkan mayat tersebut dikebumikan.
Mereka berpendapat walaupun dia secara klinikalnya disahkan meninggal dunia, namun dia masih hidup dan sedang bermeditasi.
“Dia tidak meninggal dunia. Dia akan kembali ke alam nyata apabila dia merasakan sudah tiba waktunya.
“Dia memberi jaminan kepada kami bahawa dia akan kembali,’’ kata pengikutnya.
`Guru’ itu mengetuai sebuah kumpulan Divya Jyoti Jagrati Sansthan dan mempunyai lebih 30 juta pengikut.
Kumpulan itu mempunyai hartanah di India, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Australia, Timur Tengah dan Eropah.
Mayatnya diletakkan di dalam peti sejuk selepas ia berubah warna menjadi kehijau-hijauan selepas lima hari disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Bagaimanapun keluarga Shri Ashutosh Maharaj tidak berpuasa hati dan mendakwa pengikutnya sengaja mahu menguasai hartanya.
Dia mempunyai seorang anak lelaki berusia 40 tahun.

Kembar Siam Jatuh Cinta Dengan Lelaki Yang Sama

Foto
New Delhi: Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.
Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.
Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.

“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.

“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.

“Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.

Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.

Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.

Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.

Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.

Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.

Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.

“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga.

Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.

“Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami. 

Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.

Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.

“Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.

Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.

Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. - Agensi

Gadis Tertusuk Batang Besi, Jatuh Di Kawasan Pembinaan

Patna (India) – Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.
Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.
Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.
Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam.
Keadaan Lovely kini dilapor stabil.
“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.
Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.
“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya. -Agensi

Isteri Kejam Bagi Suami Makan Nasi Goreng Beracun

Seorang isteri curang di Chennai, India tergamak meletak racun dalam masakan nasi goreng yang dihidangkan kepada suaminya sehingga menjadi penyebab kepada kematian lelaki tersebut, baru-baru ini.
Menurut sumber Tamil Nesan, wanita yang dikenali sebagai Amsa, 35, dan kekasihnya, Tirupathy menjalankan komplot untuk membunuh Ramesh, 45, agar mereka boleh terus memadu kasih tanpa sebarang halangan selepas ini.
Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath terus membuat laporan polis selepas curiga dengan cara kematian mengejut pak ciknya yang sebelum ini tidak pernah menghidap sebarang penyakit.
Selepas disiasat pihak polis, akhirnya Amsa yang mempunyai dua anak, mengaku membunuh mangsa yang kemudiannya dibawa balik ke kampung, di mana Amsa mengatakan kepada penduduk kampung bahawa suaminya mati disebabkan penyakit perut kronik yang dialaminya sebelum ini. –MYNEWSHUB.MY
Powered by Blogger.