Responsive Banner design

Wanita Dakwa Anak Saudara Dibuli Hingga Jari Hampir Putus

jari 2
BOLEH tahan ‘panas’ juga status Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Elene Sweets yang mendakwa anak saudaranya dibuli hingga jarinya mungkin terpaksa dipotong.
Menurutnya, kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.
Anak saudaranya dikatakan telah menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan teruk pada jari, namun pihak sekolah memberi alasan kanak-kanak itu jatuh sewaktu bermain.
Tambahnya lagi, jari anak saudaranya itu hanya dibalut dengan kain dan tidak diberikan sebarang rawatan.
Perkara itu hanya disedari oleh ibunya ketika mengambilnya di sekolah.
Kanak-kanak itu kini terlantar lebih seminggu di hospital dan doktor memaklumkan jika jarinya tidak dapat dipulihkan, maka ia terpaksa dipotong.
Wanita itu juga kesal kerana pihak sekolah langsung tidak ambil tahu mengenai keadaan anak saudaranya itu.
Wanita Dakwa Anak Saudara Dibuli Hingga Jari Hampir Putus


jari 1
Apapun, kita tunggu apa kata dari pihak sekolah nanti. -Penamerah

Bayi Meninggal Kerana Tali Pusat Berulat


Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun cerita seorang bayi telah maut gara-gara tali pusat tidak ditangani dengan betul kini tersebar di media siber dan aplikasi mesej Whatsapp.
Kisah ini dipercayai bermula selepas seseorang berkongsi gambar tali pusat bayi yang hitam dan berulat di laman Facebook dengan keterangan seperti di bawah:
‘Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor. Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya bayi ni baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat. Kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi inilah jadinya. Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga jangan terlalu memandai kalau tak pasti kesannya..’
Fullscreen capture 8282014 22639 PM
Sebenarnya agak pelik juga bagaimana kes seperti ini boleh berlaku memandangkan ibu baru bersalin biasanya dijaga orang tua yang berpengalaman dan boleh memberikan nasihat serta panduan.
Selain itu amalan mengunjungi ibu dan bayi di rumah untuk memantau keadaan mereka selepas seminggu kelahiran adalah amalan biasa hospital awam mahu pun sesetengah hospital swasta pada hari ini.
Apa pun, ini adalah pengajaran berguna buat bakal ibu di luar sana.
Pastikan anda mempunyai pengetahuan secukupnya tentang cara penjagaan bayi untuk memastikan kesihatan si kecil terjaga selepas kelahirannya jika anda berpantang sendiri ok?
-  MYNEWSHUB.MY

Pelancong Minum Air Kencing Untuk Hidup Selepas Bot Karam

BEBERAPA pelancong terpaksa berenang selama enam jam dan minum air kencing untuk terus hidup selepas sebuah bot karam di Indonesia, malam Sabtu.
Dua warga Britain dimasukkan ke hospital manakala 15 orang lagi masih hilang.
Sebuah bot yang membawa sekumpulan pelancong dalam perjalanan dari Lombok ke Kepulauan Komodo di selatan Indonesia dekat Bali sebelum karam kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan, malam Sabtu.
Seramai 10 penumpang yang dipercayai warganegara New Zealand, Sepanyol, Perancis, Jerman, Belanda dan Britain berjaya diselamatkan.
Mereka berenang selama beberapa jam sebelum tiba di sebuah pulau terpencil.
Sekumpulan pelancong itu dilaporkan bermalam di sana dan terpaksa minum air kencing untuk menghilangkan dahaga.
Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata: ‘Kami mengetahui dua warganegara Britain dimasukkan ke hospital selepas tragedi bot karam di Barat Nusa Tenggara, Timur Indonesia pada Sabtu. Kami sedang menyediakan bantuan konsular.
“Kami turut berhubung dengan pihak berkuasa mengenai tragedi itu dan bersedia menawarkan bantuan konsular kepada mana-mana warga Britain yang terlibat”.

‘Isteri Bosan Hidup Susah’

Foto
Johor Bahru: Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.
Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10. 
“Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,” katanya. 

Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.
“Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan. -metro

VIDEO: Pintu Kaca Mall Hempap Budak 4 Tahun Di Singapura

Malang tak berbau jadi awasilah anak anda di mana jua.
Jika tidak insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Singapura Khamis lalu tidak mustahil berlaku pada anak anda.

Dalam video yang dirakamkan CCTV, seorang kanak-kanak kelihatan dibiarkan bermain dengan menolak dan menarik satu pintu kaca hinggalah ia tiba-tiba tercabut lalu jatuh menimpa kanak-kanak tersebut.
Akibatnya kanak-kanak itu tertiarap di bawah pintu kaca setinggi tiga meter tersebut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.
westgate-glass-door-boy2-data
Dia dilaporkan mengalami lebam di pipi kanan, luka di belakang kepala dan sakit leher.
Mujurlah, pintu kaca tersebut dari jenis ‘tempered glass’ jadi ia tidak pecah berderai yang tentunya boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.
westgate-falls-on-boy-4-data
Kejadian berlaku di tingkat 5 pusat beli belah Westgate yang terletak di Jurong East, Singapura. - MYNEWSHUB.MY 

Bayi Tanpa Hidung




BAYI perempuan berumur 17 bulan di Ireland Utara ini sememangnya istimewa meskipun dilahirkan tanpa hidung.

Tessa Evans masih boleh batuk, bersin dan selesema walaupun tidak mempunyai deria bau akibat masalah congenital arhinia.

Menurut ibunya, si kecil itu sentiasa tersenyum dan aktif seperti kanak-kanak lain.



"Tessa sentiasa cuba untuk meniru perlakuan abang dan kakaknya. Dia langsung tidak menghiraukan kekurangannya malah gemar menari dan memanjat.Kami tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap Tessa walaupun keadaannya tidak sempurna kerana dia adalah sangat istimewa," kata Grainne kepada Daily Mail.

Difahamkan, Tessa bakal menjalani pembedahan hidung palsu di Hospital Great Ormond Street di London dalam masa terdekat.

"Hidung tersebut akan sentiasa ditukar mengikut perkembangan fizikalnya," jelas ibunya lagi.

SADIS: 14 Gambar Pekerja Bawah Umur Di Bangladesh!

Apa yang kita tahu, negara Bangladesh merupakan negara yang mempunyai populasi rakyat yang sangat tinggi di dunia. Selain tuh, negara ini merupakan salah sebuah negara termiskin di dunia. Maka tidak hairanlah isu kemanusian dimana kanak-kanak yang berumur 14 tahun sudah berkerja mencari nafkah hidup. Gaji minima bulanan pula ialah USD 66 ( RM217). Jadi tidak mengejutkan kenapa ribuan warga Bangladesh sanggup datang ke Malaysia untuk bekerja. Di Bangladesh anak-anak kecil bekerja secara haram di kilang kerana membantu ibu bapa mereka yang juga bekerja di kilang yang sama. Akibatnya mereka menjadi kuli tanpa pendidikan yang secukupnya. Sama-sama kita lihat bertapa sedihnya apabila kanak-kanak ini terpaksa membakar keringat utnuk mencari rezeki.

Jom Lihat!! Gambar Pekerja Bawah Umur Di Bangladesh!
Jom Lihat!! Gambar Pekerja Bawah Umur Di Bangladesh!Jom Lihat!! Gambar Pekerja Bawah Umur Di Bangladesh!

Budak Berkulit Cicak

Foto

Seorang kanak-kanak digelar ‘budak cicak’ kerana mempunyai penyakit kulit yang jarang ditemui. Zhasulan Korganbek, lima, mengalami penyakit ichthyosis yang teruk hingga menyebabkan sebahagian kulit tubuhnya menjadi keperangan dan bersisik kelabu Keadaan itu turut melarat ke bahagian telinga dan mukanya. Ia akan bertambah teruk dan mungkin baik, bergantung kepada cuaca.
Walaupun media menggelarnya budak cicak, sebenarnya ichthyosis berasal dari perkataan Yunani kuno yang bermakna ‘ikan’ kerana persamaan kulit mati dan menggelupas seperti sisik ikan. Zhasulan mewarisi penyakit itu daripada ibunya, Ulbibi, pembawa gen tidak normal.
Foto
Namun, Ulbibi tidak menunjukkan sebarang kecacatan kulit walaupun terdapat kira-kira 50 peratus risiko ia diturunkan kepada anaknya. Nasib malang Zhasulan dijangka tidak akan berpanjangan kerana bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai akan membolehkannya mendapatkan rawatan di luar negara. Rawatan itu dijangka membolehkannya menjalani kehidupan normal.

Powered by Blogger.