Responsive Banner design

Kisah Menarik Pemuzik Jalanan Bersama Seekor Kucing


Cerita yang luar biasa persahabatan antara pemuzik jalanan dan seekor kucing. Pemuzik yang menetap di kota London ini sama sahaja seperti pemuzik jalanan yang lain.Menyanyi dan menghibur untuk mendapatkan wang namun keunikan pemuzik ini apabila dia turut membawa kucing kesayangannya untuk menemaninya sepanjang persembahan.



Ahli muzik yang bernama James ini, mempunyai hubungan mesra luar biasa bersama kucingnya yang bersama-sama James ketika membuat konsert jalanan. James memainkan gitar dan menyanyi di jalan, manakala Bob (kucing) duduk berhampiran ... dan mengiaww: D 


Lebih menarik lagi, pemuzik jalanan ini juga menulis sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah beliau dan  haiwan kesayangan beliau. Pada awal buku ini, dia menulis bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana pertemuan ini akan mengubah hidupnya. Persahabatan dengan kucing yang menyembuhkan beberapa trauma emosi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Bob telah membantu memberi James kekuatan untuk menjauhi diri dari pengaruh dadah, membawa beliau untuk berusaha mendapatkan wang dan mengembalikan hidupnya ke landasan yang benar.- Dairishare





7 Selebriti Kucing Yang Wajib Anda Ketahui. #3 Paling Rare


Mesti ramai yang pernah tengok gambar kucing ini yang bertebaran di media social dan sebenarnya mereka menjadi kegemaran ramai.
1. Snoopy the Cat
Dengan mata bulat, hidung mungil dan badan bulatnya Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya China melalui laman sosial Weibo tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella dan kini,terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau. Snoopy the Cat, bukan setakat comel tetapi mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!

2. Maru
Maru, berasal dari Jepun dan merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013 video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.
3. Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.


4. Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.

5. Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.


6.Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”


7. Grumpy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.


Dan akhir sekali, ini untuk anda semua:




















Sedih.. Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya

Hanya mereka yang menyukai kucing akan faham betapa istimewanya hubungan antara binatang kesayangan Nabi Muhammad ini dengan manusia yang menjaganya.
Sebagai contoh adalah rakaman gambar menyentuh hati yang kini giat dikongsikan di laman sosial bagaimana seekor kucing setia menemani tuannya meskipun selepas mereka dipisahkan oleh kematian.
Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.
cat

10410277_440503119423365_6685063493851574571_n
Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya.
Apa pun dari sini dapat dilihat, binatang pun tahu erti kasih sayang dan menghargai manusia yang berjasa padanya.
Sumber: mynewshub.my
Powered by Blogger.