Responsive Banner design

Polis: Punca Kematian Ahmad Rafikin Akibat Lemas

Ahmad Rafikin

KUALA TERENGGANU - Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya kepada Bernama.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.

"Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

"Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan negeri berhubung kejadian itu. Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi tadi. - Bernama

Bayi Meninggal Kerana Tali Pusat Berulat


Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun cerita seorang bayi telah maut gara-gara tali pusat tidak ditangani dengan betul kini tersebar di media siber dan aplikasi mesej Whatsapp.
Kisah ini dipercayai bermula selepas seseorang berkongsi gambar tali pusat bayi yang hitam dan berulat di laman Facebook dengan keterangan seperti di bawah:
‘Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor. Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya bayi ni baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat. Kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi inilah jadinya. Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga jangan terlalu memandai kalau tak pasti kesannya..’
Fullscreen capture 8282014 22639 PM
Sebenarnya agak pelik juga bagaimana kes seperti ini boleh berlaku memandangkan ibu baru bersalin biasanya dijaga orang tua yang berpengalaman dan boleh memberikan nasihat serta panduan.
Selain itu amalan mengunjungi ibu dan bayi di rumah untuk memantau keadaan mereka selepas seminggu kelahiran adalah amalan biasa hospital awam mahu pun sesetengah hospital swasta pada hari ini.
Apa pun, ini adalah pengajaran berguna buat bakal ibu di luar sana.
Pastikan anda mempunyai pengetahuan secukupnya tentang cara penjagaan bayi untuk memastikan kesihatan si kecil terjaga selepas kelahirannya jika anda berpantang sendiri ok?
-  MYNEWSHUB.MY

Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia


ALOR SETAR – Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu.

Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampungnya, lapor Berita Harian

Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan..

KIEV: Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.
Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.
Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.
Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.
Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.
Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian. -mStar
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.
Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez.

Anak Linda Rafar Meninggal Dunia


Pagi tadi kita dikejutkan dgn pemergian buduanita negara Sharifah Aini.. baru sekejap tadi kita dikejutkan pula dengan seorang anak pelakon tanah air meninggal.

ANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbukan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.


Al-Fatihah.




Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61 tahun, yang meninggal dunia awal pagi tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara ibu negara. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.26 pagi di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, akibat penyakit fibrosis paru-paru. Jenazah allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat jenazah di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira kira jam 11:30 pagi. 

Turut mengiringi jenazah ialah ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, sanak saudara dan rakan artis. Pengkebumian allahyarham diawalkan kira kira jam 12.15 tengahari, mengikut permintaan keluarga.  Aliff  ketika ditemui media, meminta semua pihak menghalalkan semua kesilapan yang dilakukan ibunya dan berdoa untuk arwah. 

Powered by Blogger.