Responsive Banner design

Piala Dunia: Beckham Simpati Nasib Neymar

Beckham simpati nasib Neymar
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colombia dan bagi legenda bola sepak England, David Beckham, turut bersimpati dengan ‘malapetaka’ dihadapi Neymar. 

Beckham menerusi laman Facebook berkongsi rasa simpatinya terhadap pemain itu yang diusung keluar ketika perlawanan suku akhir selepas diterjah di bahagian belakang oleh Juan Zuniga. 


Ujian imbasan selepas itu mengesahkan bintang muda berkenaan berdepan retak tulang vertebra, sekali gus menandakan berakhirnya kejohanan Piala Dunia untuknya kali ini. 

Bekas kapten England itu berkata: “Sangat mengecewakan untuk tidak lagi melihat aksi Neymar Jr di Piala Dunia. Memandangkan tekanan yang dihadapinya, dia sebenarnya sangat menakjubkan. 

Harap cepat sembuh 
“Semoga cepat sembuh dan saya tahu kamu akan kembali dengan lebih kuat Neymar.” 

Sementara itu, doktor pasukan Brazil menafikan cakap-cakap bahawa pemain Barcelona itu mampu pantas pulih dan beraksi di final - sekiranya mereka mampu ke peringkat berkenaan. 

Terdapat laporan sepanjang minggu ini yang Neymar kemungkinan menerima suntikan untuk menghilangkan rasa sakit tetapi doktor pasukan, Jose Luis Runco sama sekali tidak membenarkan penggunaan suntikan itu. 

“Tidak ada sebarang kemungkinan pun yang Neymar akan bermain pada 13 hari bulan ini, sekiranya kita ke final. Buat masa ini tidak ada pilihan rawatan. Kami tidak akan sesekali mencipta atau membuat sebarang ilusi kepada rakyat Brazil mengenai sesuatu yang tidak pernah ada.” - Agensi

Jururawat Dipecat Rakam Video Neymar


Sao Carlos: Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra. Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas. 

Seorang jururawat yang hanya dikenali sebagai Cinthia, merakam video ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus membuatkan peminat-peminat Neymar berang serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan Neymar dengan senyuman dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video berdurasi 25 saat itu.

Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat. Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata, jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat. - Agensi 


Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates