Responsive Banner design

Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Rakan Baharu Dikenali Di Wechat


MANJUNG – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu.

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.

Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas  anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.

“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. -Sinar

Kaki Perempuan Dijel 80 Tahun

Foto
Taipei : Seorang kaki perempuan terkenal dari Taiwan dihukum penjara hampir 80 tahun atas tuduhan merogol 14 wanita dan merakam video mereka tanpa pengetahuan mangsanya.
Justin Lee, 29, dituduh di Mahkamah Tinggi Taiwan kerana melakukan serangan seksual terhadap 14 wanita dan merakam video mereka selain rakaman terhadap lima wanita lain tanpa pengetahuan mangsa.
"Lee menafikan dakwaan memberi dadah dan merogol wanita berkenaan. “Kami kesal bukti yang menyebelahi Lee tidak diambil kira dan hukumannya lebih berat daripada yang dijangkakan,” kata peguamnya Leo Tzou.
Lee menegaskan aktiviti bersama wanita berkenaan dipersetujui bersama dan pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu, kata Tzou. Menurut fakta pertuduhan, Lee membawa mangsa yang biasanya mabuk dari kelab malam atau bar ke kediamannya. 
Dia dituduh melakukan serangan seksual dan merakam perbuatan itu menggunakan peranti yang tidak dikenal pasti selain telefon bimbitnya. Mahkamah menjatuhkan hukuman 79 tahun tujuh bulan selepas disabitkan kesalahan itu. 

Sebelum ini, Lee dihukum penjara 18 tahun enam bulan oleh mahkamah daerah terhadap sembilan tuduhan serangan seksual. Namun, mengikut undang-undang, Lee hanya perlu menjalani hukuman keseluruhan selama 30 tahun. 

Lee juga diarah Mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak Tw$27.75 juta (RM2.95 juta) kepada mangsanya. Menurut saksi di Mahkamah Tinggi, Lee jelas terkejut dan terbeliak dengan mulut ternganga apabila mendengar keputusan penghakiman itu, lapor akhbar Taipei Times. 

Kes Lee ini menjadi berita hangat di Taiwan pada 2012 apabila media tempatan mendakwa Lee membuat rakaman video seks beberapa model dan pelakon selepas memberi dadah kepada mereka. 

Dia gagal menjawab saman untuk disoal tahun itu tetapi ditahan ketika menyerah diri selepas bersembunyi selama 20 hari. Bapa Lee meletakkan jawatan sebagai pengarah di Yuanta Holdings selepas anaknya dituduh pada 2012. - AFP

Padah!! Dua Maut Berlumba Kereta

Foto
Malang tidak berbau apabila dua maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta yang mana satu daripadanya terputus dua di Kilometer 1.3 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.10 pagi itu, pemandu, 25, dan penumpang hadapan kereta yang terputus dua itu, 18, tercampak hampir 100 meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang berusia 16 dan 17 tahun, cedera parah. 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan awal mendapati dua kereta Mitsubishi Evo itu dikesan sedang berlumba sesama mereka dalam kelajuan tinggi menghala ke arah pusat bandaraya. 

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, satu daripada kereta itu hilang kawalan dan berlanggar sesama sendiri sebelum melanggar satu lagi kenderaan lain yang berada di laluan kiri, arah yang sama.

Pelajar Tingkatan 1 Bimbang Foto Bogel Disebar Teman Lelaki

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.


Sumber

Amuk Kereta Kena Langgar: Kiki Didenda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam


Amuk kereta kena langgar: Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam

KUANTAN: Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali sebagai Kiki dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 di kawasan parkir kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di sini pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Video Kiki mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

Lelaki Tak Sempat Langgan Mak Nyah Di Bulan Ramadan

ALOR SETAR – Ketika umat Islam rancak mengerjakan solat tarawih, masih ada lelaki bernafsu songsang tergamak melanggan mak nyah di Lorong Kereta Api, dekat sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, tiga mak nyah bersama seorang pelanggan dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Nyah ketika leka berurus niaga.
Manakala beberapa mak nyah lain bertempiaran lari menyelamatkan diri menaiki motosikal pelanggan, ada juga menyorok dalam semak berhampiran landasan keretapi berkenaan.
Malah seorang pelanggan berusia 26 tahun juga tidak sempat melanggan mak nyah berusia 29 tahun.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki bujang terbabit dicekup bersama seorang mak nyah.
“Turut ditahan dua mak nyah bukan beragama Islam manakala seorang mak nyah dikenali sebagai Nik dikatakan kerap keluar masuk dari negeri ini dengan Thailand untuk bersosial.
“Meskipun sudah ditahan anggota penguat kuasa sebanyak tiga kali, namun mak nyah berkenaan dilihat tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Roshidi berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kegiatan mak nyah di lorong berkenaan tidak pernah berhenti sebaliknya rancak berlangsung meskipun di bulan puasa.
Katanya, mereka mengambil kesempatan semasa waktu solat tarawih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan ini.
“Kegiatan mak nyah didapati tetap mendapat sambutan hangat terutamanya geng motosikal apabila mereka dilihat asyik berurus niaga pada bulan puasa ini.
“Sebelum dilepaskan, beberapa mak nyah dan pelanggan terbabit diberi nasihat supaya menyedari kesilapan mereka dengan harapan pulang ke pangkal jalan,” katanya.
Katanya, jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit akan dikenakan denda RM1,000 ataupun enam bulan penjara di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah. - Sh

Gadis Tersilap Hantar Gambar Bogel Kepada Ayah



Tersilap hantar foto bogel sendiri kepada ahli keluarga adalah perkara yang paling memalu kan jika ianya berlaku. Namun begitu, gadis yang menggunakan nama  Dear Fashionn dalam 
akaun Twitternya telah cuai dan perkara di atas telah berlaku. Dalam kejadian tersebut, 
gadis berkenaan 'terhantar' foto bogel kepada ayahnya, dan ayahnya cuba membalas 
kembali mesej tersebut. Berikut adalah pengakuan gadis berkenaan di dalam akaun 
twitternya mengenai apa yang berlaku.

















Semenjak post tersebut tersebar di twitternya, pengikutnya yang hanya pada ketika itu 
800 orang telah bertambah kepada 13,000.

Heh, cara mudah tapi memalukan untuk untuk mendapatkan perhatian. Semoga ianya 
menjadi pengajaran kepada beliau. 


Powered by Blogger.