Seorang lelaki dan anaknya yang hilang sejak 40 tahun lalu ditemui
pada di sebuah hutan di Vietnam. Lelaki itu, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya, Ho Van Lang, 41, menghilangkan diri semasa Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat. Thanh membawa anak lelakinya melarikan diri apabila isteri dan dua
anaknya terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka di Tra Kem. Dua beranak itu ditemui beberapa penduduk kampung yang mencari kayu api di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai. Pihak berkuasa pada Rabu lalu mengesahkan mereka berdua sebagai Thanh dan Lang. Mereka meneruskan hidup dengan hanya memakan buah-buahan, ubi kayu dan jagung yang ditanam. Thanh dan Lang hanya memakai cawat yang diperbuat daripada kulit
pokok dan mereka tinggal di sebuah pondok yang dibina di atas pokok.
0 comments:
Post a Comment