Kejadian berlaku sewaktu rombongan diraja itu berada di pasar tertutup St George di sini untuk sesi lawatan. Gambar selfie Surgenor itu kemudian telah didedahkan oleh rancangan televisyen, ITV News.
Melalui satu rakaman pendek yang disiarkan, Ratu Elizabeth kelihatan sedikit terkejut apabila secara tiba-tiba seorang remaja lelaki melompat keluar daripada kelompok orang ramai semata-mata mahu merakam gambar selfie.
Gambar selfie bersama pemerintah Britain itu kemudian telah tersebar dengan meluas dalam laman sosial. Dalam lawatan itu, Ratu Elizabeth turut melawat ke set studio sewaktu penggambaran filem Titanic. – Agensi



0 comments:
Post a Comment