Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta. Mereka juga bermula dari bawah untuk menempa kejayaan. Ini senarai beberapa individu ternama yang pernah gagal beberapa kali, namun tidak pernah menyerah kalah serta bangkit untuk berjaya.
2. Oprah Winfrey pula pernah dipecat jawatannya sebagai pembaca berita daripada rancangan televisyen pertamanya di Baltimore di mana beliau pernah berdepan dengan gangguan dan juga masalah seksisme. Namun kini, Winfrey antara wanita paling popular untuk rancangan televisyen dan kerjayanya bernilai kira-kira US$2.9 billion menurut Forbes
3. Kenal pencipta kartun Mickey Mouse? Walt Disney pernah dipecat oleh editor surat khabar kerana kekurangan imaginasi dan tiada idea yang menarik. Lain-lain perniagaan beliau juga tidak berjaya sehinggalah animasi ‘Snow White’ membuka tirai buat pertama kalinya.
4. Pencipta filem ‘Jurassic Park’ iaitu Steven Spielberg pernah mengalami kegagalan dalam hidup apabila ditolak dua kali untuk memasuki sekolah seni dan wayang di Universiti California. Namun kini, beliau sudah menghasilkan pelbagai karya seni yang semestinya menjadi pilihan penonton di seluruh dunia.
5. Kolonel Harland David Sanders pula pernah dipecat beberapa kali daripada kerjayanya sebelum berjaya menubuhkan restorannya sendiri. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencari orang yang berupaya menjual ayam berempahnya dan apabila berjaya mendapat tawaran perniagaan di Utah, di situlah bermulanya penubuhan Kentucky Fried Chicken (KFC)
6. Saintis terkenal iaitu Isaac Newton pernah diberhentikan sekolah oleh ibunya sendiri untuk menjalankan perniagaan ladang keluarganya. Namun, hasilnya tidak memberangsangkan. Sesudah ibunya mendapati Isaac tidak berjaya, dia menyuruh anaknya menyambung pendidikan di sekolah dan hasilnya, Isaac berjaya memasuki Universiti Cambridge dan beliau adalah antara saintis yang paling terkenal dan berjaya sepanjang zaman.
7. Pada umur yang masih kecil, Albert Einstein mengalami masalah untuk berkomunikasi dan memahami seperti insan yang lain. Hakikatnya ia bukanlah bermaksud beliau tidak pandai kerana pada sejarah hidupnya beliau pernah memenangi hadiah Nobel dalam jurusan fizik kerana memperbetulkan teori Isaac Newton.
Sumber
0 comments:
Post a Comment