Home »
MACAM-MACAM
» Warga Emas Dihalau Keluar Gara-Gara Asap Rokok
Warga Emas Dihalau Keluar Gara-Gara Asap Rokok
Unknown
9:37 PM
No comments
Berlin: Sebuah mahkamah memerintahkan seorang warga emas keluar dari tempat tinggal yang didiami sekurang-kurang sejak 40 tahun lalu selepas jiran mengadu tidak tahan dengan bau asap rokoknya.
Friedhelm Adolfs, 75, diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mengosongkan apartmen di bandar Duesseldorf selepas rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini gagal.
Menurut mahkamah daerah, merokok bukan punca seseorang penghuni diusir daripada menetap di situ.
Namun, disebabkan pesara itu membiarkan asap rokok meresap hingga ke ruang depan apartmen itu, ia menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain.
Difahamkan, warga emas berkenaan gagal menghilangkan bau asap rokok dan membersihkan bekas abu rokoknya. Menurut sumber, Adolfs juga pernah diberi amaran beberapa kali pada 2012, namun gagal untuk mengubah sikapnya. “Walaupun gagal dalam rayuan sebelum ini, pesara itu dibenarkan untuk membawa kes ini ke mahkamah persekutuan,” katanya ketika ditemui.
Kes itu mendapat liputan meluas di Jerman, menjadikan Adolfs perokok tegar kedua selepas Helmut Schmidt, 95, bekas Canselor yang terkenal kerana tabiat tidak lekang daripada rokok walaupun ketika temu bual di televisyen. Sementara itu, 16 negeri di Jerman mengharamkan pengunjung menyalakan rokok di bar dan restoran sejak Julai 2008. - AFP
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Baru semalam kami berkongsi gambar Scha Al Yahya yang langsing selepas berpantang, hari ini khabar baru buat peminat Scha dan jugak awa...
-
Klip di bawah menceritakan mengenai seorang tokey perniagaan burung walit di Madura, Indonesia. Lelaki berumur 61 itu menghimpunkan...
-
KATHRYN Cartwright, 23, sedang berjuang melawan penyakit leukemia dan mempunyai 20 peratus peluang untuk hidup, mengambil keputusan mengam...
-
Gambar hiasan Seorang surirumah begitu marah sekali apabila seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun melakukan oral seks terhadap...
-
Nong Youhu yakni seorang kanak-kanak di China mempunyai sepasang mata yang unik dan mampu melihat secara jelas ketika berada dalam ...
0 comments:
Post a Comment