Warga Asing Terjatuh Dari Tingkat Dua Pangsapuri
Unknown
5:42 PM
No comments
Kuala Lumpur: Gara-gara terkejut dengan operasi pemeriksaan, seorang wanita warga asing ditemui terlantar kesakitan di atas jalan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua di pangsapuri Mentari Court, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Meldawati berusia lingkungan 30-an, mendakwa sedang tidur sebelum terkejut oleh bunyi ketukan pintu semasa pemeriksaan Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
Dia yang mengaku seperti bermimpi terus membuka tingkap biliknya sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta pangsapurinya.
Pasukan polis yang berada dilokasi kejadian terus menghubungi ambulan untuk memberikan rawatan kepada wanita berkenaan.
Wanita terbabit dipercayai cedera parah di kaki dan pinggang akibat daripada insiden berkenaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...


.jpg)


0 comments:
Post a Comment