Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tapak Pembinaan
Unknown
8:20 PM
No comments
Shah Alam – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah tapak pembinaan di Vista Alam Seksyen 14, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, bayi lelaki berkenaan ditemui seorang lelaki warganegara Bangladesh sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik dimaklumkan penemuan bayi itu, pengawal keselamatan yang bertugas bergegas kawasan pintu masuk kedua tapak pembinaan berkenaan namun lelaki terbabit menghilangkan diri.
“Bayi terbabit dijumpai masih hidup sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.
“Bayi terbabit kemudian dibawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dengan menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan selain polis kini dalam usaha mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh berkenaan melaporkan penemuan bayi itu untuk membantu siasatan, lapor Hmetro.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...





0 comments:
Post a Comment