Biadap! Permainan Komputer Persenda Tragedi MH17
Unknown
8:22 PM
No comments
Biadap dan sungguh tak sensitif apabila sebuah game atau permainan komputer diilhamkan daripada tragedi MH17 didapati diwujudkan pihak tertentu.
Dinamakan Euro Buk Simulator 2014, permainan ini memerlukan pemain menembak jatuh pesawat berlogo Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan peluru berpandu jenis BUK.
Selain logo MAS turut dimasukkan dalam game tersebut adalah wajah Presiden Rusia Vladimir Putin.
Pemain game memperoleh mata dengan mengumpulkan pasport milik penumpang yang jatuh dari pesawat ditembak tersebut.
Jelas, permainan ini bukan sahaja memperolok-olokkan tragedi dunia penerbangan melibatkan negara kita malah tidak hormat langsung perasaan keluarga mangsa nahas yang datang dari pelbagai negara.
Agak mengejutkan apabila sebuah laman web Belanda melaporkan permainan ini dipercayai datang dari negara tersebut berdasarkan alamat protokol internet dan domain.
Hal ini kerana sebahagian besar mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu hingga mengorbankan keseluruhan 298 penumpang merupakan warga sana.
Dipercayai atas sebab ini juga, Euro Buk Simulator 2014 kini sudah dilenyapkan terus dari dunia maya oleh penggodam yang meninggalkan pesanan dalam Bahasa Belanda menyatakan bahawa kebebasan internet tidak salah tapi ia seharusnya masih punya batas dan rasa hormat. – MyNewsHub
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam,” tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan ko...
-
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk ke...
-
AZWAN Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas dan kecoh ketika beliau menjadi sa...





0 comments:
Post a Comment