Biadap! Permainan Komputer Persenda Tragedi MH17
Unknown
8:22 PM
No comments
Biadap dan sungguh tak sensitif apabila sebuah game atau permainan komputer diilhamkan daripada tragedi MH17 didapati diwujudkan pihak tertentu.
Dinamakan Euro Buk Simulator 2014, permainan ini memerlukan pemain menembak jatuh pesawat berlogo Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan peluru berpandu jenis BUK.
Selain logo MAS turut dimasukkan dalam game tersebut adalah wajah Presiden Rusia Vladimir Putin.
Pemain game memperoleh mata dengan mengumpulkan pasport milik penumpang yang jatuh dari pesawat ditembak tersebut.
Jelas, permainan ini bukan sahaja memperolok-olokkan tragedi dunia penerbangan melibatkan negara kita malah tidak hormat langsung perasaan keluarga mangsa nahas yang datang dari pelbagai negara.
Agak mengejutkan apabila sebuah laman web Belanda melaporkan permainan ini dipercayai datang dari negara tersebut berdasarkan alamat protokol internet dan domain.
Hal ini kerana sebahagian besar mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu hingga mengorbankan keseluruhan 298 penumpang merupakan warga sana.
Dipercayai atas sebab ini juga, Euro Buk Simulator 2014 kini sudah dilenyapkan terus dari dunia maya oleh penggodam yang meninggalkan pesanan dalam Bahasa Belanda menyatakan bahawa kebebasan internet tidak salah tapi ia seharusnya masih punya batas dan rasa hormat. – MyNewsHub
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...





0 comments:
Post a Comment