Lebih malang, wanita Cina tempatan itu didakwa disimbah air panas oleh majikannya yang juga seorang wanita tempatan dalam keadaan tangan dan kakinya diikat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang 20 Ogos lalu, mangsa didakwa diperlakukan sedemikian kerana majikannya tidak berpuas hati dengan kerja-kerja mengemas rumah yang dilakukannya.
Malah, dia juga didakwa diikat hampir lima jam ketika kejadian dan hanya diberi plaster oleh majikannya untuk merawat kecederaan akibat simbahan air panas tersebut.
Bagaimanapun, mangsa difahamkan berjaya melarikan diri semalam selepas majikannya keluar bercuti bersama anak angkatnya berusia empat tahun sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan di apartmen tersebut menghantarnya ke hospital, lapor Utusan.



0 comments:
Post a Comment