Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.
Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja. Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.
Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian. Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.
Sumber mynewshub.cc






0 comments:
Post a Comment