Home »
LUAR NEGARA
» Gadis Menyesal Sertai ISIS Ingin Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Gadis Menyesal Sertai ISIS Ingin Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Unknown
12:06 AM
No comments
VIENNA – Gadis-gadis remaja di Austria yang melarikan diri untuk menyertai jihad kumpulan militin ISIS, mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana merasakan mereka telah membuat kesilapan setelah terjebak dengan gaya hidup sukar dengan kumpulan itu.
Memetik laporan New York Post, dua remaja itu, Samra Kesinovic, 17, dan Sabina Selimovic, 15, dipercayai berkahwin, kini hamil dan tinggal di bandar Raqqa di utara Syria. Media Austria melabelkan mereka sebagai gadis poster untuk jihad.
Kedua-dua gadis itu mula berubah sikap pada April lalu, dan mengambil keputusan melarikan diri daripada keluarga masing-masing dengan meninggalkan nota ringkas yang berbunyi:” Jangan cari kami. Kami mahu mengabdikan diri untuk Allah dan kami akan mati untuk Dia.”
Samra dan Sabina membesar di Vienna tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga mereka kerana mahu terbabit dalam perjuangan ISIS ini.
Media Austria, Centrel Europe News melaporkan bahawa kedua-dua gadis itu kini mengatakan mereka mahu kembali kepada keluarga mereka.
Samra dan Sabina telah menghubungi keluarga masing-masing dan memberitahu mereka mereka tidak tahan hidup di negara Islam tersebut. Mereka juga berkata tidak akan boleh melarikan diri daripada kehidupan kini kerana terlalu ramai orang mengaitkan mereka dengan ISIS.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria, Karl Heinz Grundboeck berkata: “Agak mustahil bagi mereka yang telah pergi ke sana untuk kembali kembali semula ke Austria, menurut sumber The Rakyat Post.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam,” tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan ko...
-
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk ke...
-
AZWAN Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas dan kecoh ketika beliau menjadi sa...





0 comments:
Post a Comment