Home »
MACAM-MACAM
» Model Sanggup Berbogel Dalam Stadium Penuh
Model Sanggup Berbogel Dalam Stadium Penuh
Unknown
1:00 AM
No comments
MELBOURNE – Sewel dan menjijikkan, itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai terhadap seorang model yang sanggup berbogel di hadapan kira-kira 100,000 penonton di stadium ketika perlawanan kriket AFL Grand Final diadakan.
Wanita itu, Heather McCartney,26, berbuat demikian selepas pasukannya Hawthorn menewaskan Sydney Swans.
Tanpa rasa malu, dia menanggalkan baju dan menari-nari dalam keadaan bogel di tempat duduk sambil disaksikan oleh orang ramai.
Selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan gila itu, polis kemudiannya menangkap McCartney namun dia melawan dengan menendang, menumbuk dan menggigit anggota polis.
Dia akhirnya menerima padah apabila ditahan di lokap semalaman dan didenda sebanyak $300 kerana berkelaluan tidak senonoh. Perbuatan tersebut telah dirakamkan orang ramai dan kemudiannya tersebar di internet.
“Ia adalah satu pertaruhan. Saya katakan jika Hawthorn menang maka saya akan berbogel. Mereka menang lalu saya bogellah,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai perbuatan tersebut.
Selain menerima kecaman ramai, pegawai persatuan Melbourne Cricket Ground (MCG) nyata berang degan perbuatannya dan mereka kini melancarkan siasatan.
“Tindakan sewajarnya perlu diambil keatasnya. Ia merupakan perbuatan menjijikkan kerana perlawanan itu adalah untuk seluruh anggota keluarga,” kata jurucakap MCG, Shane Brown, lapor MyNewsHub.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...





0 comments:
Post a Comment