Home »
DALAM NEGARA
» Alvin Tan Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera
Alvin Tan Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera
Unknown
7:38 PM
No comments
Blogger seks kontroversi Alvin Tan hari ini telah mencabar Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi supaya membatalkan pasportnya dengan segera dan beliau tidak kisah dengan pembatalan itu.
Beliau bertindak demikian selepas Zahid telah memberi amaran kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa milik Alvin untuk memudahkan kerajaan mmudah menangkapnya yang kini menyembunyikan diri di Amerika Syarikat.
Beliau dalam laman facebooknya menyifatkan menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut dan tiada kredibiliti.
“Anda tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.
“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara Malaysia,” katanya dengan angkuh.
Menurutnya pembatalan pasport tidak akan memberikan apa-apa kesan tapi sebaliknya akan mempercepatkan prosesnya dalam memohon suaka politik di Amerika.
Beliau yang sebelum ini dituduh dibawah akta hasutan kerana menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang.
Alvin juga menegaskan tanpa pasport bukan bermakna beliau hilang kewarganegaraan dan dia akan mendapatkan dokumen perjalanan dari PBB yang akan dikeluarkan oeh Imigresen Amerika.-Siakapkeli.com.my
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam,” tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan ko...
-
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk ke...
-
AZWAN Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas dan kecoh ketika beliau menjadi sa...






0 comments:
Post a Comment