Secara
jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui
banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusat pengajian
tinggi.
“Agama
bukan penghalang untuk saya berkawan atau mengenali seseorang itu
dengan lebih dekat. Apa yang penting ialah kejujuran untuk menerima saya
sebagai seorang yang istimewa di hatinya.
“Bagi
keluarga saya ia bukan sesuatu yang ganjil sebab abang sulung saya juga
sudah memeluk agama Islam. Bagaimanapun, niat untuk memeluk sesebuah
agama biarlah lahir dari hati bukan kerana sesuatu yang lain,” ujarnya.
Wanita
berusia 24 tahun ini juga memberitahu pengalaman rakan-rakannya yang
sudah memeluk Islam memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama
itu.
“Saya
berani bercakap begitu kerana ramai rakan saya yang sudah memeluk
Islam. Tapi mereka tukar agama bukan kerana ingin berkahwin semata-mata.
“Ada
sepasang suami isteri bukan beragama Islam tetapi mengambil keputusan
selepas berkahwin untuk memeluk Islam,” katanya yang mempunyai darah
keturunan Melayu Brunei.
Adeline
juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan komersial. Dia sering
menerima tawaran persembahan nyanyian dan modelling sebagai pendapatan
sampingan.
“Sejak
kecil saya aktif menyanyi berbanding berlakon tapi rezeki saya lebih ke
bidang lakonan. Saya sedar untuk menyanyi bukan sesuatu yang mudah buat
masa sekarang.
“Saya
masih lagi menyimpan impian untuk menyanyi dan mungkin tahun depan saya
akan keluar dengan single pertama bersama seorang rakan artis,”
katanya.
Jom layan gambar Adeline yang memang cantik dan menawan.











0 comments:
Post a Comment