Responsive Banner design

Video: Saat-Saat Cemas Gempa Bumi ‘Serang’ Gunung Everest

 

SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest sudah bertebaran di media-media elektronik. 

Video berdurasi lebih dua minit itu menyaksikan kawasan perkhemahan para pendaki itu menjadi huru-hara sebaik gempa berskala 7.8 magnitud melanda kawasan terbabit.
Video amatur itu menyaksikan sekumpulan pendaki berusaha menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa bencana alam.

Difahamkan jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke sehari iaitu kini sebanyak 2,500 dan ianya dijangka meningkat apabila pihak berkuasa Nepal meramalkan kadar kemalangan jiwa mungkin meningkat sehingga ke 10,000 orang.

Setakat ini, dipercayai 18 pendaki termasuk tiga dari Amerika Syarikat dikhuatiri maut selepas gempa bumi itu menenggelamkan kawasan perkhemahan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kota Nepal Hancur Gempa 7.9 Richter


A map showing the location of an earthquake striking Nepal
KATHMANDU – Ratusan pendaki termasuk sepasukan 34 anggota tentera India yang menyertai ekspedisi pendakian gunung Everest dilaporkan terperangkap apabila gempa bumi melanda Nepal tengah hari Sabtu.
Media India melaporkan, beberapa siri tanah runtuh berlaku di sekitar gunung tertinggi di dunia itu menyebabkan Base Camp atau pangkalan hadapan di kaki banjaran Himalaya langsung lenyap ditimbusi lapisan salji tebal.
Gempa terburuk dalam tempoh 80 tahun dikesan kira-kira pukul 11.56 pagi waktu tempatan (1.56 petang waktu Malaysia) dengan kekuatan 7.9 pada skala Richter berpusat di antara ibu kota, Kathmandu dan Pokhara.
People free a man from the rubble of a destroyed building after an earthquake hit Nepal, in Kathmandu, Nepal, 25 April 2015
Pasukan tentera India akan berada di Everest sehingga Mei depan sempena ulang tahun ke-50 kejayaan pendaki pertama dari negara itu menawan puncak gunung tersebut yang bertinggian 8,850 meter dari paras laut.
Mereka selain mendaki gunung itu, turut melakukan catatan rekod dunia iaitu operasi pembersihan dengan membawa balik kira-kira 4,000 kilogram sampah-sarap yang dibuang pendaki di sepanjang laluan pendakian.
Dalam pada itu, suasana kelam-kabut menyelubungi seluruh pusat bandar Kathmandu apabila ribuan penduduk termasuk pelancong asing panik bergegas keluar dari bangunan dan membanjiri setiap kawasan lapang.
Lapangan terbang antarabangsa Tribhuvan, enam kilometer dari sini turut ditutup dan semua penerbangan keluar termasuk Kuala Lumpur hari ini dibatalkan manakala penerbangan masuk terpaksa dilencongkan ke India.
Angka kematian setakat pukul 7 petang waktu Malaysia masih lebih 200 orang, namun jumlah maut dijangka bertambah ekoran banyak bangunan ranap dan ribuan orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.
Nepal pernah dilanda gempa terkuat dalam sejarah iaitu 15 Januari 1934 yang menyaksikan 10,600 orang terbunuh susulan gegaran sekuat 8.0 pada skala Richter dikesan 10 kilometer di selatan gunung Everest.
People stand on the runway outside the International Terminal after a earthquake hit, at Tribhuvan International Airport, Kathmandu, Nepal, April 25, 2015,
Bagaimanapun, gempa bumi kali ini dianggap lebih dahsyat apabila kesan gegaran peringkat IX itu turut dirasai jauh sehingga ke ibu negara India, New Delhi selain sebahagian besar wilayah autonomi Tibet, China.
Perdana Menteri India, Narendra Modi telah menghubungi rakan sejawatannya di Nepal, Shri Sushil Koirala untuk menawarkan bantuan kemanusiaan termasuk petugas perubatan kecemasan dan pasukan penyelamat.
Visual disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan impak gempa turut meruntuhkan menara bersejarah tapak warisan dunia UNESCO, Dharahara setinggi 62 meter hancur musnah. - Agensi/A.AMREE

(14 Gambar) Kemusnahan Bandar Di China Selepas Gempa Bumi

Beichuan terletak kira-kira 143 kilometer ke utara ibukota wilayah Chengdu, di China, di lembah yang dikenali untuk Longmen atau Dragon Gate. Pada  12 Mei 2008, bandar ini telah disedut ke dalam tanah oleh gempa bumi yang dahsyat berukuran 7.9 pada skala Richer yang menggemparkan rantau ini dan mengurangkan sebahagian besar wilayah Sichuan dalam keadaan kucar-kacir seperti neraka konkrit dan besi. 
Lebih daripada 90,000 orang dipercayai telah meninggal dunia - hanya 8,600 di Beichuan, atau hampir separuh daripada penduduk bandar. Antara mangsa terkorban tersebut ialah 1,300 kanak-kanak apabila sekolah runtuh.

 



Selepas gempa bumi memusnahkan bandar, kerajaan berhadapan dengan kesukaran untuk membersihkan tempat itu dan menyediakan tempat perlindungan untuk pelarian. Dengan lebih 80% daripada bangunan Beichaun ranap bersamaan dengan kedudukan ke tanah, ini telah terbukti menjadi satu cabaran logistik. Negeri itu diburukkan lagi dengan tanah runtuh yang mengkebumikan bandar dibawah  tanah. Akhirnya, kerajaan telah memutuskan bahawa ia akan tidak pernah dibina semula Beichuan, atau digali, tetapi akan kekal dalam keadaan semasa sebagai peringatan.





 
Pelawat boleh menyaksikan sendiri kemusnahan  di barat daya China. Monumen ini adalah salah satu daripada beberapa kes pemeliharaan runtuhan sebuah bandar moden yang telah dilanda gempa bumi. Bandar ini dipelihara terutamanya sebagai gempa bumi yang ditinggalkan kecuali struktur sokongan di sekitar bangunan untuk membuat runtuhan pasti untuk pelawat. Kebanyakan bangunan kelihatan lebih seperti yang mereka lakukan hanya beberapa minit selepas gempa bumi.





 
 
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates