Responsive Banner design

Lelaki Hampir Bunuh Diri Kerana Gemuk, Berjaya Kurang Berat Sebanyak 114Kg


Hull Britain - Seorang lelaki gemuk yang sering dihina kerana memiliki berat badan mencecah 210 Kg kini menjadi kurus dan tampan selepas mengamalkan diet yang ketat, lapor Metro.uk kelmarin.

Lelaki tersebut, Mike Waudby, 31 Tahun berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 114kg dalam tempoh 18 bulan selepas mengamalkan diet yang ketat dan bersenam di gimnasium.

Waudby berkata, dia hampir membunuh diri kerana malu dengan bentuk badannya yang tetapi bertekad untuk mengubah dirinya sendiri.

"Setiap kali selepas sesi latihan keras di gim, saya akan melihat perut saya sambil menangis, tetapi saya kuatkan semangat untuk terus berusaha dan akhirnya berjaya" katanya.

Waudby kini menjadi seorang jurulatih peribadi dan bakal melancarkan sebuah buku bertajuk Weight Lost Warrior. - Agensi.







Wajah Lelaki Paling Kacak Untuk Tahun 2014

Devon – Siapa sangka lelaki kacak ini, dulunya adalah seorang tukang kayu. Mungkin juga tiada siapa yang sangka bahawa Nicklas Pedersen, 23, kini menjadi lelaki yang paling didambakan selepas menang Mister World 2014.
Pedersen, yang berasal dari Denmark  ini berjaya menewaskan 45 peserta `hot’ yang lain termasuk Mr UK, Mr Wales dan Mr Northern Ireland.
Namun lelaki kacak ini sudah berpunya dan khabarnya dia sudah lama bercinta dengan kekasih hatinya itu.
Apapun kejayaan Pedersen ini membuka mata bahawa bukan model sahaja boleh menang pertandingan seumpama itu, malah tukang kayu yang tidak pernah dikenali sebelum ini, mempunyai kelebihan tersendiri dan bakat terpendam.
Menurut Pedersen, bukan sesuatu yang sukar baginya untuk mendapat bentuk badan yang berketul-ketul itu kerana pekerjaannya sebagai tukang kayu, menyebabkan dia menggunakan banyak tenaga.
kacak
Dia juga mengamalkan amalan pemakanan yang ketat dengan hanya makan protein dan sayur sahaja.
“Menolak ais krim, coklat dan makanan manis yang lain memang sesuatu yang sukar,’’ katanya.
Dia memasuki pertandingan itu secara rawak, iaitu selepas habis waktu bekerja.
Pedersen yang memenangi wang tunai sebanyak $50,000 dolar ini bercadang menggunakan wang itu untuk melancong.
“Ia bermakna saya tidak akan membeli barangan mewah dengan wang ini sebaliknya saya mahu ke Haiti kerana di situ saya dapat menggunakan kemahiran sebagai tukang kayu untuk membina rumah penduduk miskin di sana,’’ katanya. -myNewsHub
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates