Responsive Banner design

Budak Maut Jatuh Dari Bumbung


Foto


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air Kuarters Polis Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas bangunan sembilan tingkat. 
Mangsa yang tinggal di Blok F2 bersebelahan bangunan itu dikatakan pergi ke bangunan berkenaan bersama ibu untuk menghadiri majlis pertunangan penghuni di situ. 

Bagaimanapun, mangsa dikatakan keluar bermain bersama rakan-rakannya sebelum tergelincir.
Mangsa yang meninggal dunia selepas cedera parah di kepala dan badan dikebumikan di Jeli, Kelantan, pagi tadi.

Sumber: Hmetro

Kanak-Kanak Perempuan Koma Jatuh Tingkat 3

Foto
Malang buat seorang kanak kanak perempuan berusia 3 tahun apabila parah dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman pengasuhnya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa Norfadhiah Allisa Mohd Faizul, parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan. 
Ibu mangsa, Maziah Basar, 37, berkata, ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, dekat sini dan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh. 

“Sebaik mendapat panggilan jam 10.30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya dirawat serta tidak sedarkan diri, selain mengalami pendarahan pada kepala.
“Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB di sini, semalam.
Menurutnya, anaknya diterbangkan bersama doktor dari HAT ke Ipoh jam 1.15 petang, manakala dia menaiki kenderaan disediakan TLDM dan tiba di HRPB jam dua petang. 

Sumber: Hmetro

Calon Pelakon Wanita Terbaik Mahu Beli Pakaian Cantik Ke FFM26 Sebelum Maut

Calon Pelakon Wanita Terbaik mahu beli pakaian cantik ke FFM26 sebelum maut

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pelakon yang maut akibat terjatuh dari apartmentnya, untuk membeli pakaian cantik bagi menghadiri Festival Filem Malaysia 26 (FFM26)  tidak kesampaian.

Mendiang Kalpana Sundraju, 44 yang buat julung kalinya menjadi pelakon tamil pertama tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM26 merancang untuk berbuat demikian pada Sabtu.

Namun, mendiang ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat lapan apartmentnya di Seputeh pada 21 Ogos lalu.

Kalpana tercalon bagi filem Dhusrajanam yang turut menjadi filem tamil pertama tercalon untuk kategori Filem Terbaik.

“Kali pertama mendapat tahu namanya tercalon, dia menghubungi saya kerana begitu gembira.

Sepatutnya hari ini, dia dan ibu merancang mahu mencari pakaian yang sesuai ke FFM26” beritahu adik mendiang, Vern Sundraju ketika dihubungi Astro AWANI.

Mendiang yang sudah 10 tahun berlakon drama dan filem tamil selamat disemadikan di Pusat Krematorium Petaling Jaya pada pukul 2 petang Sabtu.

Menurut pengarah filemnya, M. Subash kehilangan Kalpana sememangnya amat dirasai seluruh warga produksi.

“Kalpana memang seorang pelakon yang berbakat besar dan boleh pergi jauh. Sayang sekali pencalonan buat kali pertama ini tidak dapat dihadirinya.

Sepatutnya kami akan bertemu untuk sesi pembacaan skrip bagi filem tamil baharu akan datang.” kata Subash.

Subash yang juga pelakon utama filem Dhusrajanam berkata, pencalonan ini merupakan penghargaan buat penggiat filem tamil sepertinya dan juga satu penghargaan buat Kalpana.

Kata Subash lagi, watak Kalpana sebagai wanita estet yang gilakan harta di dalam filem tersebut, berjaya dibawa dengan baik sekali oleh mendiang. Sebelum berlakon di dalam filem berkenaan, mendiang sendiri menghubungi Subash untuk menghadiri ujibakat bagi watak tersebut. Filem Dhusrajanam adalah arahan bersama Subash dan adiknya, M. Suurya.

Mereka berdua akan hadir ke FFM26 sebagai mewakili mendiang.

Selain Dhusrajanam ,mendiang Kalpana turut berlakon sebuah filem melayu bertajuk ‘Mistik, Syirik danTahyul’ terbitan Renbash Entertainment yang bakal ditayangkan pada 16 Oktober ini.

Sebelum ini, Kalpana telah diumumkan sebagai satu-satunya pelakon tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani. Mendiang meninggalkan dua anak perempuan yang berumur 22 dan 20 tahun. Punca kejadian masih di bawah siasatan polis. -AWANI


Terselamat Walaupun Jatuh Ketinggian 33 Ribu Kaki Di Udara

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat JAT Yugoslav Airlines Flight 367 yang terjadi lebih 40 tahun lalu.
Pesawat tersebut telah terhempas di sebuah perkampungan di Republik Czech selepas kapal terbang tersebut terputus dua dipercayai akibat dibom, yang mana bom tersebut telah diletakkan dalam badan pesawat terlebih dahulu pada 26 Januari 1972.
Pesawat yang membawa 28 orang itu telah mengorbankan 27 individu manakala seorang pramugari, Vesna Vulovic merupakan satu-satu mangsa yang terselamat dalam nahas udara tersebut.
JAT 367 dalam perjalanan dari Stockholm, Sweden ke Belgrade, Serbia dilaporkan jatuh dari ketinggian 33,000 kaki sama seperti ketinggian MH17 berada ketika ianya ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Vesna, 64, telah direkodkan dalam Guinness Book of Record sebagai individu yang terselamat daripada jatuhan yang paling tinggi tanpa sebarang alat keselamatan yang dipasang terhadap dirinya. –MYNEWSHUB.MY
vesna1
vesna
wajah terkini Vesna

Warga Asing Terjatuh Dari Tingkat Dua Pangsapuri


Kuala Lumpur: Gara-gara terkejut dengan operasi pemeriksaan, seorang wanita warga asing ditemui terlantar kesakitan di atas jalan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua di pangsapuri Mentari Court, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Meldawati berusia lingkungan 30-an, mendakwa sedang tidur sebelum terkejut oleh bunyi ketukan pintu semasa pemeriksaan Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Dia yang mengaku seperti bermimpi terus membuka tingkap biliknya sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta pangsapurinya.

Pasukan polis yang berada dilokasi kejadian terus menghubungi ambulan untuk memberikan rawatan kepada wanita berkenaan.

Wanita terbabit dipercayai cedera parah di kaki dan pinggang akibat daripada insiden berkenaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

MH17: Timur Ukraine Diisytihar Zon Larangan Terbang

BRUSSELS – Pihak berkuasa Ukraine pada Khamis mengisytiharkan kawasan timur negara itu sebagai zon larangan terbang selepas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) membawa 298 penumpang terhempas di wilayah itu, kata Badan Keselamatan Penerbangan Eropah, Eurocontrol.
Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Syarikat mengubah laluan penerbangan mereka selepas Kiev mengesahkan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pada Khamis.
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata penganalisis perisikan percaya ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.
“Sejak insiden itu, pihak berkuasa Ukraine memaklumkan Eurocontrol mengenai penutupan laluan dari kawasan itu sehingga ke altitud di Timur Ukraine.
“Kesemua pesawat yang merancang untuk terbang menggunakan laluan itu kini disekat oleh Eurocontrol. Laluan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak,” menurut satu kenyataan.
Menurut maklumat Eurocontrol, pesawat tersebut terbang pada kedudukan 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar. -mynewshub
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates