Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tapak Pembinaan
Unknown
8:20 PM
No comments
Shah Alam – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah tapak pembinaan di Vista Alam Seksyen 14, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, bayi lelaki berkenaan ditemui seorang lelaki warganegara Bangladesh sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik dimaklumkan penemuan bayi itu, pengawal keselamatan yang bertugas bergegas kawasan pintu masuk kedua tapak pembinaan berkenaan namun lelaki terbabit menghilangkan diri.
“Bayi terbabit dijumpai masih hidup sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.
“Bayi terbabit kemudian dibawa ke hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dengan menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan selain polis kini dalam usaha mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh berkenaan melaporkan penemuan bayi itu untuk membantu siasatan, lapor Hmetro.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tenga...
-
Gaza – Ia umpama hari khiamat. Itu gambaran seorang doktor dari Britain, David Nott yang bertugas secara sukarela dengan Palang Merah di ...
-
Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ket...
-
KUALA LUMPUR : Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu...





0 comments:
Post a Comment