Responsive Banner design

Bangkai Tikus Dalam Minuman Bercoklat


ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung
bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.
Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.
Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.
Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.
“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah. – Harian Metro

Pengotor!! Gambar Pekerja ‘Bercawat’ Buat Putu Mayam


Putu Mayam adalah makanan tradisional masyarakat India dan tidak dinafikan Putu Mayam juga digemari oleh lain-lain bangsa di Malaysia ini. Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini.

Kebiasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan mereka yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari.

Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam.


Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek di hadapan besen berisi tepung dan bersiap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat kain pelekat tanpa memakai baju. Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya. Walaupun nampak seperti tiada apa, cuba bayangkan jika terdapat peluh pada badan pekerja itu, Jika dia berbaju peluh itu mungkin diserap pada bajunya. Tapi dia tidak berbaju.. Cuba bayanggggkan..

Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini. Jika anda lihat Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia.


Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat.


Sayang sekali lokasi didalam gambar proses pembuatan putu mayam ini tidak diketahui dimana dan kemana ianya dijual atau dipasarkan..


Sumber: Mynewshub.my

(6 Gambar) Kilang Roti 'Sunshine' Yang Meloyakan

Susulan sebuah kilang roti di Perak dilaporkan beroperasi dalam keadaan jijik, siasatan telah dilakukan lalu kilang tersebut telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).
Jenama roti ini benar-benar telah menipu orang ramai apabila menggunakan sijil halal sebagai salah satu cara melariskan jualan. Hakikatnya ia beroperasi dalam keadaan tidak bersih dan menggunakan logo halal tanpa perakuan Jaipk.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar premis yang pasti meloyakan tekak sesiapa sahaja yang melihatnya:
kilang roti sunshine
kilang roti sunshine di jln kuala kangsar ipoh yg amat menjijikkan 3
kilang roti sunshine
kilang roti sunshine di jln kuala kangsar ipoh yg amat menjijikkan 5
Euu, meloyakan bukan?
Tapi kalau tengok produk yang dihasilkan kilang ini dan dijual di rak-rak kedai runcit dan pasaraya, nampak macam comel dan gebu saja..
Nampaknya, kilang ini bakal mengikut jejak langkah Bihun Cap Masjid.
Semoga lebih banyak kes seperti akan dibongkar agar pengguna tidak lagi tertipu dek peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan.
Pada masa sama semoga ia menjadi pengajaran kepada peniaga yang sewenang-wenangnya mempermainkan sijil halal. 

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates