Responsive Banner design
Home » , , » Nabila Huda Enggan Dedah Identiti Teman Percutian

Nabila Huda Enggan Dedah Identiti Teman Percutian

Nabila Huda Enggan Dedah Identiti Teman Percutian
Selepas penat memenuhi tawaran lakonan yang mencurah-curah sejak kebelakangan ini, pelakon berbakat besar, Nabila Huda kini dilihat meluangkan waktu rehatnya dengan bercuti di benua Eropah. Berkongsi mengenai percutiannya, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu dia berangkat ke Eropah sejak 12 Jun lalu dan akan bercuti di sana sehingga hujung bulan ini.

Menurut pelakon drama ‘Julia’ ini lagi, percutian kali ini lebih istimewa kerana dia ke luar negara kali ini bukan kerana menjalani penggambaran tetapi lebih kepada merehatkan diri dengan melawat beberapa destinasi menarik di benua tersebut.
Nabila Huda Enggan Dedah Identiti Teman Percutian

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga peluang untuk bercuti setelah sekian lama sibuk dengan jadual kerja. Saya alami waktu yang sangat menyeronokkan kerana sebelum ini saya ke luar negara kerana tuntutan kerja tapi kali ini saya memang betul-betul pergi bercuti,” tutur Abil sambil memberitahu baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Gamatisme’.
“Selepas ini entah bila pula baru saya dapat bercuti sebab kembali saja daripada percutian ini, saya terus akan shooting sebuah telemovie. Kemudian, habis saja telemovie ini dalam bulan puasa, saya akan terus memulakan penggambaran drama episod bertajuk, ‘Jalan Mati’ di mana saya menjadi teraju utama dalam drama terbitan Filmscape itu.

Abil menerusi mesej di aplikasi Whatsapp turut berkongsi, selepas melawat kota London dan Barcelona, dia akan ke pulau Majorca yang terletak di Sepanyol. Selain itu, Abil turut akan pergi ke Mallorca, Berlin di mana perhentian terakhirnya di Amsterdam.

Menerusi laman Instagram miliknya, anak kepada penyanyi rock terkemuka Amy Search ini telah berkongsi beberapa fotonya ketika berada di kota London dan Barcelona. Namun, paling mendapat perhatian apabila terdapat beberapa keping foto Abil bersama seorang lelaki dipercayai kekasih barunya. Menerusi komen yang diberi oleh pengikut laman Instagramnya, ada juga peminat yang mengatakan lelaki tersebut adalah Alam, penari dari Wakaka Crew.
“Maaf, Abil tak mahu komen pasal teman istimewa itu. Mengenai Alam, yang itu memang kelakar gila. Abil tak nak komen sebab tak mahu memanjangkan cerita. Biarlah apa saja orang nak cakap,” ujar Abil mengakhiri perbualan. 

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates