Rawatan memulihkan Muhammad Firdaus Dullah, 15, remaja yang ditemui
dalam keadaan kurus kering di rumahnya di Nilai kelmarin, dijangka
mengambil masa.
Remaja menghidap celebral palsydia yang tidak dijaga dengan rapi
sejak setahun lalu itu hanya tinggal kulit dan tulang ketika ditemui.
Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Datuk Dr Jaafar Che
Mat, berkata doktor pakar akan merawat Muhammad Firdaus dengan rapi
untuk mempertingkatkan tahap kesihatannya.
Katanya, keadaannya stabil dan pemeriksaan lanjut akan
dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud sebarang unsur
penderaan fizikal.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, badannya hanya tinggal tulang dan
kulit kerana tidak diberi makan secara sempurna. Ini menyebabkannya
memerlukan tempoh lama untuk pulih,” katanya semalam. -BH
0 comments:
Post a Comment