Ruan
Tang, Nenek 80 tahun mempunyai kebiasaan yang unik, iaitu membunuh lalat.
Kebiasaan itu bermula sejak dirinya bersara, kira-kira 14 tahun yang
lalu. "Membunuh lalat adalah cara terbaik untuk membuat diri saya berguna
bagi orang lain, dan kini saya melakukannya setiap hari," kata Ruan kepada
Daily Mail.
Ruan
kini telah menjadikan kegiatan membunuh lalat sebagai hobi. Dia bahkan
menghabiskan rata-rata 8 jam sehari untuk membunuh lalat. Menurut Ruan dirinya
mampu membunuh kira-kira 1,000 lalat per hari.
Meskipun yang dilakukan Ruan
dikatakan aneh, dia telah dianggap sebagai wira di bandarnya. Menurut sebuah
akhbar tempatan di China, lalat dianggap sebagai musuh manusia, dan Ruan telah
berjaya membebaskan penduduk tempatan dari gangguan lalat.
0 comments:
Post a Comment