Responsive Banner design
Home » , » 8 Warga Palestin Maut Ketika Tonton Piala Dunia

8 Warga Palestin Maut Ketika Tonton Piala Dunia

Sekadar Hiasan
Gaza: Serangan udara yang dilancarkan tentera Israel 
membunuh lapan warga Palestin di sebuah kafe di pantai Gaza ketika mereka menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia, lapor kenyataan rasmi Palestin, semalam. 

Ketika serangan, Mahmoud Sawali dan tiga adik-beradiknya sedang asyik menonton perlawanan antara Belanda dan Argentina . “Di sini saya mempunyai adik-beradik yang mati syahid dan saya mencari yang ketiga,” katanya yang berusaha untuk mencari adik-beradiknya. Dalam pada itu, tentera Israel berkata pihaknya akan menyiasat kejadian terbabit. 

Serangan Menggila


Setakat ini kematian yang dilaporkan akibat serangan menggila Israel itu meningkat hingga 100 orang. Semenanjung Gaza bermandi darah sejak Israel meningkatkan tahap serangan udaranya sejak Khamis lalu. 


Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada Rabu berkata, kerajaannya tidak akan mempertimbangkan gencatan senjata sehingga Hamas berhenti menembak beratus-ratus roket dari Gaza ke Israel. Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan di pihak Israel dan mendakwa sistem pertahanan ‘Iron Dome’ yang berjaya memintas roket menjadi penyelamat. 

Serang 320 lokasi 

Jurucakap ketenteraan Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata, setakat ini Israel telah berjaya menyerang 320 lokasi milik Hamas. Ia termasuk rangkaian terowong bawah tanah dan tapak pelancar roket. Dalam tempoh tiga hari sejak Selasa lalu, pihaknya telah menyerang 750 lokasi. 
Pihak tentera juga mendakwa berjaya menyerang sebuah kenderaan yang dipercayai membawa tiga pejuang Jihad yang dipercayai terbabit dengan serangan roket terhadap Israel. Dakwaan itu turut disahkan oleh pejuang Hamas. AP



0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates