Beri Kerjasama Laksana Perintah Berkurung Di Sabah
Unknown
8:49 PM
No comments
SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk di kawasan perintah berkurung memberi kerjasama kepada Pasukan keselamatan.
Menurut beliau penduduk tidak perlu cemas dan panik termasuk membeli barangan keperluan.
"Bagi kerjasama dan jangan cemas serta panik membeli barang keperluan. Jika ada melihat orang tidak dikenali di kawasan mereka, beritahu pihak berkuasa.
"Jangan sesekali berkompromi dengan orang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa," katanya pada majlis penyampaian bantuan Ramadan di Masjid Al-Qudus Kampung Peringkat 3 dekat sini hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.
Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Musa turut mengingatkan penduduk supaya tidak melindungi anasir yang mahu membuat kacau bilau. - Bernama
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
Gambar Hiasan Gaza: Penduduk Gaza Mahmud Khalaf merasakan pengalaman baru yang pelik apabila buat kali pertama dalam hidupnya menunaika...
-
Moscow: Cinta memang tidak mengenal sesiapa, termasuk jantina dan kegilaan nafsu. Di Russia, negara yang mengharamkan perkahwinan s...
-
SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tenga...
-
Gaza – Ia umpama hari khiamat. Itu gambaran seorang doktor dari Britain, David Nott yang bertugas secara sukarela dengan Palang Merah di ...




0 comments:
Post a Comment