Dalam siri pertama semalam, ibu Atilia, 40, yang juga penyanyi terkenal, Salamiah Hassan, 63, menceritakan kesukaran yang dihadapi ketika mengandung dan melahirkan anak sulungnya itu, selain kepayahan membesarkan Atilia yang menghidap sawan tangis ketika kecil.
Bagaimanapun, kepayahan itu akhirnya berbaloi apabila Atilia akhirnya membesar sebagai pelajar pintar di sekolah serta memperoleh ijazah dalam bidang pengiklanan seperti yang akan diceritakan dalam siri kedua hari ini. Selain itu Atilia juga mewarisi bakatnya sebagai penyanyi.
Salamiah ketika ditemui berkata, Atilia pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan album pada usia 14 tahun, tetapi dia tidak membenarkannya.
ATILIA (duduk kanan) ketika di sekolah rendah.
Menurutnya, dia bukanlah seorang yang suka mendesak anak-anak, tetapi dalam bab pelajaran Salamiah jarang bertolak-ansur.
“Saya bukan cemburu dengan peluang diperolehnya, tetapi saya menghalang kerana pelajaran sangat penting untuk menjamin masa depan Atilia.
“Selepas tamat pengajian, barulah saya beri kebebasan untuk dia memilih apa yang ingin dilakukan. Alhamdulillah, Atilia berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memperoleh ijazah dalam bidang pengiklanan,” katanya.

Katanya, selepas tamat pengajian, Atilia bekerja dengan sebuah agensi pengiklanan dan dalam tempoh 10 tahun berkhidmat di situ, dia mampu memiliki rumah sendiri.
“Waktu itu, Atilia memaklumkan dia mahu menghasilkan album dengan penerbit Roslan Aziz. Saya berpesan padanya supaya tidak berhenti kerja dulu hingga karier nyanyiannya betul-betul stabil,” katanya.
Menyifatkan puterinya itu seorang yang sangat berdikari, kata Salamiah, dalam sifat nakal Atilia dia adalah seorang anak yang bertanggungjawab dan pintar di sekolah.
“Dia pandai tetapi suka buat kerja di saat akhir. Kalau ada ujian ketika di kolej dulu, dua minggu sebelum peperiksaan baru hendak ulang kaji. Selepas itu dia mengadu dengan saya mengantuk masa jawab soalan. Mana tidaknya dia tidak tidur sepanjang hari kerana mengulang kaji,” katanya.
Gembira anak-anaknya pandai berdikari, Atilia dan adiknya, Raja Ahmad Shah Raja Haron dijaga sepenuhnya oleh Salamiah selepas penghibur bersuara emas itu berpisah dengan suaminya, Raja Haron ketika Atlia berusia 14 tahun.
“Cabaran menjadi ibu tunggal sangat hebat kerana selepas bercerai saya tidak pernah bergaduh dengan suami soal nafkah anak-anak. Semuanya saya ikhtiar sendiri.
“Setiap kali mengenang hal ini, hati saya menjadi sayu. Ketika kami ke pusat beli-belah dan dia ternampak anak patung lalu diambilnya dan sesudah puas mencium, dia letakkan semula anak patung itu.
“Saya tanya kepada Atilia, nak ke patung itu dan dia jawab tak adalah, mama tiada duit kan?’ Tapi kalau dia nampak saya pegang duit syiling dia akan cakap, ‘itu ada syiling mama belilah’.
“Waktu itu dengan wang RM5, daripada beli patung, macam-macam benda lain saya boleh beli. Perkara utama bagi saya adalah skim ansuran pelajaran dan masa depan anak-anak. Ada duit ke, tiada duit ke atau tak makan ke, tetap kena bayar,” katanya.
Salamiah bersyukur kerana menjelang dewasa, Atilia menjadi seorang yang sangat menghargai dirinya.
Menurut Salamiah, Atilia akan membeli pelbagai hadiah setiap kali ulang tahun kelahirannya.
Malah, beberapa tahun lalu, Atilia pernah menghadiahkan sebuah kereta Mini Cooper.
Bagaimanapun, saat paling meluluhkan bagi seorang ibu ialah apabila melihat Atilia berdepan dengan pemergian bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil tahun lalu.
Ariff yang dinikahi Atilia selama 10 tahun meninggal dunia di usia 47 tahun kerana mengidap barah.
“Saya dapat merasakan kesedihannya. Arwah seorang menantu yang baik. Walaupun sudah bercerai, mereka berdua masih berkawan dan menyayangi antara satu sama lain,” katanya.
Bercerita mengenai perangai Atilia ketika kecil, Salamiah berkata, anak perempuannya itu akan menangis jika ada perkara yang tidak memuaskan hatinya.
“Dia selalunya nak perhatian. Jika tidak ditanya kenapa menangis, dia akan menjerit ‘tanyalah! Tanyalah! Tetapi apabila saya bertanya dia akan menjawab saya sudah terlambat dan dia tidak akan beritahu,” katanya sambil ketawa.
Selain itu, Atilia juga suka membuli adiknya, Raja Ahmad Shah yang empat tahun lebih muda daripadanya.
“Dia selalu pakaikan adiknya ‘skirt’ dan baju perempuan. Raja Ahmad Shah pula memang jenis baik dan mendengar kata. Lagipun ketika itu hanya dia seorang saja lelaki di rumah jadi dia reda saja apapun yang dilakukan kakaknya,” katanya.
Salamiah berkata, satu ketika dua anaknya itu terbabit dalam rakaman lagu iklan di studio dan kebetulan hari itu jatuh pada ulang tahun kelahiran Raja Ahmad Shah.
“Disebabkan adiknya itu bukan penyanyi dan sering kali terlepas ‘beat’ lagu, Atilia bengang kerana dia terpaksa menunggu lama.
“Gara-gara geram, dia minta Raja Ahmad Shah membuka mulut dan mencucuk lidah adiknya itu dengan pensel hingga adiknya menangis dan terus tak jadi rakam lagu,” katanya.
Menurut Salamiah, pernah ketika dia mengandungkan Raja Ahmad Shah, Atilia mahu dia membuangnya jika bayi yang akan dilahirkan itu perempuan kerana dia hanya mahu jadi anak perempuan tunggal.
“Begitulah perangai Atilia ketika kecil. Bagaimanapun dia dengan adiknya sangat rapat dan sayang antara satu dengan lain. Saya memang berpesan, kasih sayang antara mereka perlu terus utuh hingga saya sudah tiada nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Salamiah tidak menafikan Atilia agak nakal ketika meningkat remaja.
Menurut Salamiah, anak perempuannya itu memang seorang yang mendengar kata apabila di depannya, tetapi agak nakal apabila di belakangnya.
“Ketika dia bersekolah, saya pernah dipanggil guru besar kerana Atilia pernah ditangkap menari di kelab Piccadilly, Petaling Jaya, selepas tamat sekolah.
“Saya selalu bertanya kepada guru Atilia, kenapa apabila berlaku kejadian sebegini hanya saya saja dipanggil kenapa tidak ibu bapa lain? Nampak sangat diskriminasi.
Namun lama-kelamaan, guru sendiri jadi tidak kuasa dan pembabitan
Atilia dalam dikir barat dan bermacam-macam lagi aktiviti seni membuatkan dia mula disukai guru,” katanya.

0 comments:
Post a Comment