Gambar Hiasan |
Kajang: Barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dari Malaysia akan dipulangkan semula bersama-sama dengan mayat kepada keluarga mangsa seandainya proses pengecaman berjaya menemukan dengan keluarga atau waris pemilik barangan itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa yang banyak bertaburan di sekitar kawasan nahas sudah dikumpulkan oleh pihak berkuasa Ukraine dan dihantar ke Belanda untuk proses pengecaman.
"Proses ini bagaimanapun agak rumit dan memakan masa kerana barangan peribadi mangsa yang dikumpulkan sangat banyak dan perlu diteliti satu persatu" katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Biasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)-Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Bandar Sungai Long, disini semalam.
Selain itu juga, beliau memberitahu bahawa laporan analisis kotak hitam pesawat MH17 itu dijangka dikeluarkan dalam minggu ini. -metro
Selain itu juga, beliau memberitahu bahawa laporan analisis kotak hitam pesawat MH17 itu dijangka dikeluarkan dalam minggu ini. -metro
0 comments:
Post a Comment