Sebelum ini ramai yang meneka pangkal nama bayi Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akan bermula dengan huruf ‘L’.
Teka-teki itu bermula selepas Awal memuat naik sekeping foto kek hari lahirnya yang tertera ayat ‘Happy Birthday Awal & L…’ dengan tiga huruf dibelakang yang telah dipadamkan.
Pada ruangan komen foto tersebut ramai yang telah meneka nama anak pasangan selebriti popular itu seperti Lucy, Lara Bella, Lili, Laura dan kebanyakannya Lara.
Kepada para peminat yang tertunggu-tunggu nama bayi perempuan Scha dan Awal ini, akhirnya penantian kalian sudah pun berakhir apabila Scha menerusi akaun Instagramnya semalam (Ahad) telah memuat naik sekeping foto bersama kapsyen ‘Salam and good morning from mummy and Baby Lara. Have a great Sunday’.
Bagaimanapun, nama penuh anak pasangan ini masih belum diketahui.
astrogempak
0 comments:
Post a Comment