Penyanyi terkenal Nurul Wahab Depp pada Ahad telah memuat naik sebuah video di laman YouTube dan berkongsi berita kehamilan keduanya dengan para peminat.
Menerusi video tersebut jelas memperlihatkan wajah teruja dan gembira Nurul yang bakal menimang cahaya mata keduanya bersama suami, Eric Depp tidak lama lagi.
Agak lucu apabila Nurul memberitahu dia terpaksa merakam video tersebut menggunakan Bahasa Melayu untuk mengelakkan keluarga mertuanya tahu mengenai kehamilan keduanya itu.
“Saya terpaksa mengunakan Bahasa Melayu untuk mengumumkan kehamilan saya yang kini sudah berusia 12 minggu ini bagi mengelak keluarga mertua saya tahu kerana hendak bagi ‘suprise’ dekat mereka.
“Kalau cakap Bahasa Inggeris mereka faham,” katanya ketawa.
Tambah Nurul, berita baik tersebut akan diberitahu sendiri kepada keluarga mertuanya dan akan terbang ke Perancis pada bulan hadapan bersama suami.
“Pastinya mereka gembira apabila mendengar berita ini nanti,” katanya.
Selain itu, Nurul turut memberitahu dia menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengumumkan kehamilannya kerana ia cepat dan mengikuti perkembangan semasa.
“Saya mengunakan rakaman video ini untuk memberitahu mengenai kehamilan saya kerana amat memudahkan dan cepat serta mengikuti perkembangan teknologi media sosial yang kian berkembang,” ujarnya.
Tahniah diucapkan kepada Nurul dan Eric! Semestinya anak sulung pasangan ini Zachary Depp akan gembira dengan kehadiran adiknya tidak lama lagi.

Selain video rakaman di YouTube Nurul turut menulis tentang berita gembira itu di laman blognya nurulwahabdepp.wordpress.com.
Sumber: astrogempak
0 comments:
Post a Comment