Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media
Unknown
8:26 PM
No comments
Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media - SEJAK pelakon manis, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, dia dilihat seakan menjauhkan diri daripada dunia glamor yang pernah dikecapinya sebelum ini.
Menerusi Murai.com, dia akhirnya membuka mulut mengenai perubahan itu.
Katanya, dia bukan sengaja tidak mahu berjumpa dengan rakan media, sebaliknya dia punyai alasan tersendiri.
“Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.
“Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.
“Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini,” jelasnya.
Kami tabik dengan pendirian Ummi itu.
Bukan apa, kadang-kadang ada artis yang baru berhijrah, tapi gaya dan lagak umpama ustaz dan ustazah bila bercakap sehingga sanggup mengguris hati orang lain.
Semoga Ummi terus istiqamah dalam menuju jalan yang diredhai-Nya. – MyNewsHub
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tenga...
-
New Delhi: Seorang wanita berusia 25 tahun dikurung dalam bilik air sejak tiga tahun lalu selain dilarang menemui anaknya kerana melahirk...
-
Shah Alam – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di sebuah tapak pembinaan di Vista Alam Seksyen 14, di sini, hari ini. Dalam...
-
DONETSK - Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia sebentar tadi, lapor ABC. Pe...
-
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang m...





0 comments:
Post a Comment