Bekas Pelakon Kanak-Kanak Popular Jadi Pelacur
Unknown
8:58 PM
No comments
Mumbai - Bekas bintang filem kanak-kanak Bollywood, Shweta Prasad telah ditangkap dalam serbuan polis selepas terlibat dalam bidang pelacuran.
Shweta, 23, mengaku membuat pilihan yang salah dalam hidupnya dengan menjadi pelacur. Dia ditangkap di Hyderabad pada Ahad lalu, dan turut sama ditahan dalam serbuan itu ialah seorang ahli perniagaan Mumbai.
Shweta terkenal selepas menjadi pelakon utama dalam filem Makdee yang diterbitkan pada 2002 ketika berusia 11 tahun. Dalam filem itu, Shweta menjadi kanak-kanak yang ditangkap oleh ahli sihir. Dia juga berjaya menggondol anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi filem berkenaan.
Shweta ditahan di Hyderabad pada Ahad lalu. Dalam kenyataannya kepada polis, dia mengaku menjadi pelacur selepas tidak mendapat tawaran filem hingga menyebabkannya kehabisan wang.
“Ia merupakan pilihan yang salah yang dibuat untuk wang. Keadaan ini disebabkan kesukaran untuk saya meneruskan kehidupan seharian tanpa wang.
“Apabila ada orang yang menggalakkan saya menjadi pelacur, saya melakukannya kerana wang. Terdapat ramai pelakon wanita yang bergelut dalam industri perfileman dan menjadi pelacur,’’ katanya.
Polis bagaimanapun menyifatkan Shweta sebagai mangsa dan telah dihantar ke rumah pemulihan/ Dalam masa sama individu yang telah mengekspoitasinya dengan menjadikan Shweta sebagai pelacur juga ditangkap. Shweta sebelum ini turut membintangi beberapa filem termasuk Kahaani Ghar Ghar Ki, lapor Mynewshub.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ket...
-
KUALA LUMPUR : Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu...
-
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang m...
-
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di ...





0 comments:
Post a Comment