Seorang pensyarah dari Shaanxi Institute of Technology, China koma selepas dibelasah oleh pelajar. Menurut laporan media China, pensyarah ini disedari menangkap gambar dua mahasiswi yang sedang mandi. Selepas terkantoi beliau segera melarikan diri dengan menaiki sebuah motor. Akibat panik beliau terjatuh dan kemudian dibelasah sehingga koma oleh pelajar yang berang dengan tindakan beliau. Pensyarah ini masih koma dan dilaporkan di dalam keadaan kritikal akibat kecederaan yang teruk pada bahagian kepala.

0 comments:
Post a Comment