Raja Azmi Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami Sejak Sebulan Lalu
Unknown
2:57 AM
No comments
KUALA LUMPUR - Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dia dan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sudah tidak tinggal bersama lagi. Raja Azmi, 55 tahun mengakui mereka tinggal berasingan sejak sebulan lalu.
Menurut laporan portal hiburan, Murai.com, pasangan yang baharu bernikah pada Oktober lalu kini sedang dalam usaha untuk memperbaiki hubungan mereka.
“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini adalah saya dan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut.
“Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,” luah Raja Azmi.
Sementara itu, suaminya yang juga merupakan pemain bass kumpulan CRK tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
Eddie, 45 tahun, mengakui mempunyai masalah peribadi dan hanya mahu mengambil langkah berdiam diri dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Apa yang saya boleh katakan di sini, apa yang berlaku antara kami berdua, bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang membuatkan kami jadi begini.
“Disebabkan itu, berikanlah kami masa dan ruang untuk menangani masalah peribadi kami dan kalau boleh saya tidak mahu mengulas apa-apa lagi,” katanya.
Eddie dan Raja Azmi bernikah pada 13 Oktober 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun lalu, lapor The Rakyat Post.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di ...
-
Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ket...
-
KUALA LUMPUR : Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu...
-
KUALA LUMPUR : Kumpulan Sleeq mendedahkan mereka pernah kerugian kira-kira RM15,000 gara-gara ditipu oleh syarikat pengurusan lama ketika...





0 comments:
Post a Comment