Bank Perlu Kemas Kini Sistem Pengkomputeran ATM
Unknown
12:27 AM
No comments
KUALA LUMPUR – Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran mesin juruwang automatik (ATM) mereka bagi mengelak penjenayah siber melarikan wang di dalamnya dengan mudah.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata sepatutnya pihak bank menyedari keperluan perkembangan teknologi semasa yang sentiasa pesat berubah dan menjadikan sistem pengkomputeran lama mudah rapuh dan diceroboh.
“Terlalu banyak bijak pandai dalam IT (teknologi maklumat) sekarang, maka kita perlu adakan sistem keselamatan mantap bagi mengelak kejadian ini berulang,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas laporan mengenai sindiket yang dipercayai dari Amerika Latin yang melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.
Namun dalam penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Musa berkata kesediaan untuk menaik taraf sistem pengkomputeran adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh diambil lewa.
Katanya pihak bank juga wajar memantau setiap pegawainya kerana dikhuatiri mereka turut terbabit dalam memberi kerjasama kepada sindiket.
“Bagi pihak bank, mereka perlu mengawasi setiap pegawai yang telah diambil bekerja. Sebagai contoh, awasi data kakitangan dan latar belakang mereka,” katanya.
Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar mencadangkan perlu wujud perisian baharu yang boleh mengesan sebarang kecurigaan dalam perisian sedia ada.
“Sebagai contoh, jika terdapat sesuatu transaksi pengeluaran yang kerap berlaku dalam jumlah yang banyak, tanda amaran akan keluar dari sistem berkenaan untuk memaklumkan kepada pihak bank,” katanya.
Akhbar juga mencadangkan agar pihak bank mewujudkan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat mesin ATM ditempatkan dan dibuat secara tersorok serta rakamannya secara siaran langsung dan dipantau pihak bank.
Baginya kejadian rompakan boleh dielak jika institusi kewangan mengambil inisiatif untuk sentiasa memantau sistem keselamatan terkini bagi mengelak bank daripada mudah diceroboh.
“Apabila sesuatu perisian diperkenalkan, kita perlu lebih ‘tujuh langkah ke hadapan’ bagi mencegah kemungkinan sistem diceroboh.
“Bank-bank tempatan khususnya yang terlibat di bahagian IT, perlu peka apa juga maklumat dan perkembangan IT yang berlaku bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara,” katanya. –BERNAMA
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Malu bukan kepalang seorang guru sekolah wanita apabila video seks berdurasi 23 minit dirinya bersama pelajar lelaki berusia 16 tahun, ter...
-
Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil ...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
-
Gambar Sekadar Hiasan Riyadh: Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi ...
-
Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur. G...
0 comments:
Post a Comment