Home »
DALAM NEGARA
» Gadis Berpurdah Berminat Menyertai D.A.P
Gadis Berpurdah Berminat Menyertai D.A.P
Unknown
1:22 AM
No comments
Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.
Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.
“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.
Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.
Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.
Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.
Akhbar DAP sifatkan ‘Langkah Ninja’
Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.
Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.
Pelajar 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.
Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.
Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.
Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur. Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak. -Malaysiakini.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Malu bukan kepalang seorang guru sekolah wanita apabila video seks berdurasi 23 minit dirinya bersama pelajar lelaki berusia 16 tahun, ter...
-
Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil ...
-
Gambar Sekadar Hiasan Riyadh: Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi ...
-
Pelakon terkenal yang tidak putus-putus dihimpit kontroversi, Hanez Suraya sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila dirinya mendedahkan...
-
Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur. G...
0 comments:
Post a Comment