AirAsia Promosi 3 Juta Tempat Duduk Percuma
Unknown
7:31 PM
No comments
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3 juta tempat duduk ditawarkan oleh AirAsia Berhad (AirAsia) secara percuma bagi penerbangan ke pelbagai destinasi samada domestik mahupun antarabangsa. Tawaran tersebut adalah bermula pada 10 Jun 2015 hingga 17 Januari 2016.
Tempahan untuk tempat duduk percuma ini akan dibuka bermula pada 16 November ini. Bagaimanapun tawaran itu adalah tidak termasuk surcaj, bahan api dan yuran lain untuk penerbangan AirAsia.
Menurut Siegtraund Teh selaku Ketuan Komersial Kumpulan AirAsia, antara destinasi yang terlibat dalam tawaran ini adalah Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kucing, Yogyakarta, Krabi, Siem Reap, Kalibo, Da Nang, Surat Thani, Chengdu dan Perth.
“Ini adalah perluang terbaik bagi pelanggan kami merancang percutian mereka tahun hadapan dengan promosi tempat duduk percuma ini.
“Dengan penambahan dua syarikat penerbangan baharu iaitu Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, pelanggan kami boleh pergi lebih jauh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Promosi tempat duduk percuma itu boleh ditempah melalui laman rasmi AirAsia,www.airasia.com. Selain itu juga boleh melalui applikasi AirAsia pada iPhone dan juga pada peranti Android ataupun pada laman khusus untuk mudah alih iaitu mobile.airasia.com.
-Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di ...
-
Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ket...
-
KUALA LUMPUR : Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu...
-
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang m...





0 comments:
Post a Comment