Padah..Tipu Guna Air Kencing Bini Apabila Disahkan Hamil 2 Bulan
Unknown
7:40 PM
No comments
KAHAERAH – Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan dadah baru-baru ini.
Lelaki itu yang tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan pengambilan dadah.
Akhbar Mesir melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yang keliru dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”
Lelaki itu akhirnya mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan tersebut yang biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk memandu terlalu lama.
Pihak berkuasa pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama diamalkan tanpa dikesan.
Penggunaan dadah di Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah yang mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.
Dianggarkan kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat cukup rehat. – Agensi
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti at...
-
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di ...
-
Buat pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ket...
-
KUALA LUMPUR : Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu...
-
KUALA LUMPUR : Kumpulan Sleeq mendedahkan mereka pernah kerugian kira-kira RM15,000 gara-gara ditipu oleh syarikat pengurusan lama ketika...





0 comments:
Post a Comment