Lelaki Jalani Pembedahan Kosmetik Untuk Mencuri
Unknown
12:03 PM
No comments
Seoul: Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.
Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.
Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.
Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.
Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,
Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.
Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. - Agensi
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...





0 comments:
Post a Comment