Home »
DALAM NEGARA
» Pagar Besi Diatas Kubur Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dipasang Tanpa Pengetahuan Keluarga - Nik Abduh
Pagar Besi Diatas Kubur Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dipasang Tanpa Pengetahuan Keluarga - Nik Abduh
Unknown
12:02 PM
No comments
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar dilaman sosial telah dipagar dengan pagar besi tertutup.
Nik Abduh yang juga merupakan anak TGNA telah memberitahu pagar besi tertutup itu dibina tanpa pengetahuan keluarganya.
"Binaan tersebut mungkin dibina oleh penduduk kampung dan anak murid Arwah bapa saya tetapi ia dibina tanpa pengetahuan ahli keluarga kami."
“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'," katanya.
Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.
“Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.
“Pagar tersebut akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.
Tegasnya Nik Abduh kubur al Marhum ayahandanya itu rahimahullah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan. - Siakapkeli.com.my
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya. So, pernahkah kamu...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang ...
-
Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (...
-
Setelah hampir 6 tahun hubungan cinta antara Kamal Adli dan Intan Ladyana terjalin dan mengharungi liku-liku dan cabaran, akhirnya kisa...





0 comments:
Post a Comment