Gadis berpipi tembam memang comel di mata seorang lelaki. Namun hakikatnya tiada gadis yang selesa dengan pipi ‘penuh’ kerana ia akan menyebabkan muka si gadis itu bulat dan nampak agak berisi. Oleh itu, ramai yang sanggup berlapar dan berdiet untuk mengecilkan pipi. Tetapi tidak semuanya berjaya. Jom ikuti REMAJA membongkar 4 cara kecilkan pipi yang tembam.
❚ LAKUKAN SENAMAN RAHANG
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.
❚ URUT HALUS DI PIPI
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.
❚ GUNA TEKNIK SOLEKAN YANG TEPAT
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.
❚ AIS BATU
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.
Sebenarnya, mengecilkan badan jauh lebih senang berbanding mengecilkan pipi. Tetapi segalanya tidak akan menjadi mustahil jika kamu benar-benar berusaha untuk mengecilkannya betul tak? So ,Good luck girls!
Kredit
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Tak tahulah sememangnya menjadi trend ataupun memang selebriti Hollywood ni tidak gemar memakai bra. Ataupun memang mereka sengaja nak m...
-
DALAM banyak-banyak lamaran, kami rasa ini antara lamaran yang paling unik. Lelaki dari Wilayah Hebei, China ini memilih untuk ...
-
Bila tamadun manusia meninggalkan sesuatu selepas kehidupan mereka untuk sekian lama, maka alam akan mengambil alih segalanya. Jom lihat 17 ...
-
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditul...




0 comments:
Post a Comment