Responsive Banner design

Lepas 5 Tahun Kahwin, Emelda Bagi Klu Diri Hamil

Setelah perkahwinannya dengan aktor dan pengarah teater, Adlin Aman Ramli mencecah usia lima tahun, akhirnya teraju utama drama bersiri Manjalara bagai mengesahkan dirinya sedang mengandung.

Walaupun Emelda belum mengeluarkan kenyataan secara rasmi, namun ramai yang menganggap berita tersebut benar.

Perkhabaran itu dikongsikan Emelda melalui laman sosial Instagram beberapa hari lalu dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
3SNGnxG

Dalam ‘posting’ terbarunya di laman tersebut pula Emelda menulis,

“Alhamdulillah and thank you so much kepada semua yang prihatin dan mendoakan kebaikkan untuk Mel. Insya Allah kalau ada rezeki dari Allah S.W.T. Tak terbalas semua doa-doa dan ucapan tahniah anda semua. I’m touched. Thank you so much again. I love all of you!!.”

Di ruangan komen, ramai pengikut aktres ini mengucapkan tahniah kepadanya atas perkhabaran tersebut.


- Sumber

Pelajar Rakam Aksi Seks Oral Pengetua Dengan Guru

DAHLAH kantoi ditangkap pelajar ketika sedang melakukan seks oral terhadap staf sendiri, seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Slovenia mengugut pula pelajarnya akan mengambil tindakan mahkamah selepas video seksnya menjadi viral di Internet.

Drago Kamenik, 41, ditemui dalam keadaan sedang melakukan seks oral terhadap guru matematik, Manja Mertelj selepas beberapa pelajar terdengar bunyi mencurigakan dalam sebuah kelas kosong.

Aksi pengetua itu kemudiannya dirakam lalu dimuat naik di laman sosial. Pengetua tersebut yang risau selepas video itu tersebar terus mengugut untuk menyaman pelajar terbabit.

“Kami terdengar bunyi bising dan nampak ada orang sedang melakukan seks dalam kelas yang kosong.

“Pada mulanya kami menyangkakan pelajar lain sedang lakukan perkara itu, namun terkejut selepas menyedari pasangan itu adalah cikgu matematik dan pengetua sekolah kami,” kata salah seorang pelajar yang ternampak kejadian memalukan itu.

Drago, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, bermati-matian mengatakan video tersebut palsu dan sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut.

“Lelaki dalam video itu bukan saya, ianya telah diedit,” dakwanya.

Para pelajar yang memuat naik video itu bagaimanapun tidak mempedulikan amaran Drago, sebaliknya bertegas akan berkongsi keseluruhan video sekiranya keadaan memaksa.

“Kami boleh sahaja muat naik keseluruhan video tersebut supaya semua orang percaya kesahihan video kami,” kata pelajar yang merakam video tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kejam..Wanita Dibunuh, Anaknya Ditanam Hidup-Hidup


SERDANG – Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dipercayai ditanam hidup-hidup di dalam lubang tidak jauh dari lokasi mayat ibunya ditemui polis, Isnin lalu.

Mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 11 pagi, semalam berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Gumut Tambahan, Kuala Kubu Bharu di sini, selepas polis membawa suspek lelaki dipercayai ada kaitan dengan kematian kedua-dua mangsa.

Suspek lelaki warga Indonesia itu disyaki teman lelaki mangsa dibunuh dibawa ke lokasi kejadian bagi melihat kerja menggali kubur bayi itu.

Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu, polis menemui mayat wanita mengandung warga Indonesia ditanam sedalam satu meter sebaik menerima laporan anak saudara mangsa yang mengetahui perkara itu daripada rakannya.

Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata, suspek berusia 42 ditahan di rumahnya berhampiran rumah mangsa petang kelmarin, selepas penemuan kubur wanita berusia 39 tahun di dalam ladang sawit yang ditutupi daun dan tikar.

Bagaimanapun polis masih mencari seorang rakan suspek utama berusia 30-an dipercayai bertanggungjawab menanam kedua-dua mayat mangsa itu.
“Suspek kedua berusia 30-an masih bebas.
“Suspek direman hingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala ketua polis Selangor di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan ke atas kedua-dua mayat itu yang dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. 

– HMetro Online

Penyanyi Lubnan Cetus Kontroversi Dunia Arab Pakai Baju Jarang


MESIR – Seorang penyanyi pop Lubnan , Haifa Wehbe, 38, mengejutkan dunia Arab apabila muncul dengan pakaian mencolok mata ketika membuat persembahan dalam Akademi Bintang Arab.

Haifa Wehbe
Haifa Wehbe
Pakaiannya yang jarang itu menyebabkan lebih 2 juta penonton terkejut, sekali gus menyebabkan penyanyi itu dibanjiri dengan kritikan kerana memilih pakaian yang keterlaluan mendedahkan badan.

Kebanyakan penonton menyifatkan Haifa sudah melampau dan tidak memikirkan sensitiviti penduduk Arab.

Komen-komen kritikan itu datangnya daripada kebanyakan wanita di Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

“Memang kita boleh memakai pakaian yang agak kontroversi namun tidaklah sampai ke tahap ini.. ia amat mengejutkan,’’ kata satu kritikan yang diterima oleh penyanyi itu dalam media sosial.

Malah ada yang menyarankan supaya Haifa diketemukan dengan kumpulan pejuang militan Islam (IS).

Dalam pada itu, Stesen TV Mesir, CBC yang menyiarkan rancangan Bintang Akademi itu mengemukakan permohonan maaf terhadap penampilan Haifa.

Sementara Haifa pula menyalahkan lampu pentas dengan menyatakan baju asalnya lebih sopan.

Dia juga mendakwa terkejut dengan penampilannya itu selepas bajunya disinari lampu pentas.

- http://mynewshub.cc

Lelaki Sakit Hati Terhadap 'Ex' Isteri Ajar 101 Cara Lanyak Gaun Pengantin


ARIZONA – Gara-gara kecewa dengan kegagalan perkahwinannya selepas si isteri meninggalkannya, Kevin Cotter mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi kekecewaan itu.
Dia telah menerbitkan buku 101 cara bijak untuk menggunakan gaun pengantin milik bekas isterinya.
Kevin, 41, mengalami keperitan hidup selepas bekas isterinya meninggalkan dia setelah 12 tahun berkahwin.
Ketika melangkah keluar rumah, wanita itu membawa semua barang miliknya kecuali gaun pengantinnnya.
“Buatlah apa sahaja dengan gaun pengantin ini,’’ itu kata-kata akhir bekas isterinya itu sebelum meninggalkan Cotter.
Selama empat tahun Cotter memikirkan cara terbaik untuk menggunakan gaun berkenaan dan akhirnya dia berjaya melahirkan idea bagaimana gaun itu boleh digunakan.
Ia termasuk menjadikannya sebagai hammock, layar dan kain pengelap kasut.
“Idea menerbitkan buku ini tercetus ketika saya sedang makan malam bersama ibu bapa, abang dan kakak ipar saya. Saya terangkan kepada mereka mengenai gaun itu dan kakak ipar saya menyatakan terdapat 101 cara untuk menggunakannya,’’ katanya.
Jelasnya selepas ditinggalkan oleh isterinya, dia yang mempunyai dua anak itu menggunakan gaun perkahwinan itu sebagai terapi.
Namun tindakannya menerbitkan buku itu nyata tidak menggembirakan bekas isterinya yang mahu dia mendapatkan kaunseling bagi menghadapi kemarahan itu.
“Dia menyangka saya mahu membalas dendam namun nyata perkara ini tiada kaitan dengannya.
“Saya lakukan untuk diri saya kerana saya mahukan jawapan, apa yang boleh dilakukan dengan gaun pengantin yang sudah dipakai,’’ katanya.

- Sumber

Subsidi Petrol RON95, Diesel Dihenti 1 Dis

RON95

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mengumumkan mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata,  tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam minyak.

Untuk itu, Hasan berkata, penetapan terbaharu harga RON95 dan diesel pada 1 Disember akan bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
  
Hasan berkata, harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
  
Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
  
Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
  
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
  
"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

Hasan juga tidak menolak kemungkinan harga runcit RON95 pada Disember akan lebih rendah daripada harga semasa sekiranya harga pasaran minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.
 
"Jika trend ini berlarutan adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM," katanya.     Kepada satu soalan, Hasan berkata penetapan harga runcit RON95 dan diesel melalui kaedah pengapungan terkawal akan dibuat secara bulanan.
  
Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk berasaskan kos setiap masa, harga pasaran dunia dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
 
"Kita akan pantau setiap hari harga di pasaran dunia tetapi kita ambil purata sebulan dan waktu itu kerajaan buat keputusan sama ada naik atau turun.
  
"Harga mungkin turun mungkin naik tetapi trend sejak bulan-bulan lepas stabil dan menurun," katanya.

Hasan berkata, kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel itu telah dilakukan oleh kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaannya.
 
"Langkah ini membuktikan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia," katanya.
 
Ditanya sama ada pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal adalah muktamad, Hasan berkata kerajaan proaktif dan sensitif terhadap keadaan semasa berdasarkan harga pasaran dunia dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
 
"Pendekatan kita adalah untuk meletakkan rakyat didahulukan. Jadi apa juga yang kita boleh jimat adalah untuk kesejahteraan rakyat," katanya.- Bernama

Diana Danielle Minta Maaf

Diana Danielle

“SAYA minta maaf pada media yang terasa hari itu. Saya bukannya lari, tapi saya dapat arahan dari pegawai perhubungan awam (PRO) majlis tersebut untuk pulang kerana kerja saya sudah tamat,” ujar Diana Danielle tatkala di tebak mengenai tindakannya meninggalkan sebuah majlis pelancaran produk secara terburu-buru, baru-baru ini.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Diana berkata, dia memang sedia maklum ada media mahu menemu bualnya selepas majlis berkenaan, namun selesai sesi fotografi, dia dimaklumkan kerjanya sudah selesai dan boleh pulang.

“Saya memang tertanya- tanya juga apa yang terjadi dengan media yang nak menemu ramah. Kebetulan pula saya baru balik dari Jakarta dan saya memang penat. Jadi mungkin mereka (PRO) fikir saya penat dan tidak mengapa untuk memberikan saya pulang terlebih dahulu.

“Tapi saya tak pernah minta balik awal ke apa dan saya memang bersedia untuk bekerjasama. Namun saya telah diberikan arahan untuk balik dan saya ikut sahaja apa yang mereka cakapkan,” jelasnya yang ditemui pada sesi pratonton filem terbaru lakonan suaminya, Farid Kamil berjudul Kaki Kitai di Puchong, Selangor, semalam.

Aktres berusia 23 tahun ini menambah, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri mengenai insiden itu.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak. Malah, saya tidak kecewa dengan laporan negatif terhadap saya. Semua ini adalah salah faham sahaja. Saya kalau boleh tidak mahu untuk memanjangkan isu ini.

“Cuma saya berharap jika inginkan lebih penjelasan, pihak media yang melaporkan itu boleh bertanya kepada pihak PR terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, Farid Kamil yang turut di tebak mengenai isu yang melanda isterinya itu, Farid berkata mempunyai alasan dan prinsip yang tersendiri untuk tidak mencampuri urusan isterinya itu.

“Saya rasa itu semua orang perlu ada prinsip ini kerana saya rasa tidak adil untuk saya menjawab ataupun menjelaskan perjalanan seni bagi pihak seseorang. Jadi saya mengambil langkah untuk menjawab apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Perjalanan karier seseorang itu, bergantung pada artis itu sendiri.

“Masalah yang ditimbulkan oleh artis seperti lari tidak menjawab dengan media adalah sebahagian daripada hidup sebagai artis. Jadi saya sebagai suami merasakan itu adalah sebahagian daripada kerjaya seni dia,” katanya. -SH

Ezad Exist Didakwa Miliki Syabu


SELAYANG - Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lalu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Ezad yang popular menerusi lagu Julia, didakwa memiliki satu paket lutsinar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada jam 1.30 petang, 19 November lalu.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya S Arunjothy manakala, Ezad tidak diwakili peguam.

Arunjothy menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin namun Ezad yang dijamin isterinya memohon jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Ezad membayar jaminan itu lapor Sinar Harian.

Wanita Cantik Tapi Kejam Di Mexico


Mexico – Jika melihat daripada raut wajahnya, dia seperti seorang pelakon sinetron. Namun disebalik kecantikkan wajahnya itu, dia sebenarnya adalah seorang wanita di Mexico yang sangat kejam.

Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.

Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.


Tetapi siapakah dia?


Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.

Dia juga adalah ketua kartel da-dah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.

Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.

Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.

Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat dan telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.

Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.


Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.

Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.

Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.

Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.

Pineda yang bangga kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.

Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.


Sumber: mynewshub.cc

Luah Mesej Cinta Kepada Seorang Pelakon Michelle Yee, Lelaki Ini Habiskan RM2.5 Juta


Shanghai 10 Nov - Seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Mr.B baru-baru ini telah meluahkan mesej cintanya kepada seorang pelakon Michelle Ye melalui paparan LED.

Seperti yang dilaporkan pada Pada CC News, Mr.B dilaporkan membelanjakan HKD 6 juta (kira-kira RM2.5 Juta) untuk menyatakan mesej cintanya kepada pelakon itu dan menggunakan Ekspo Axis di Shanghai sebagai latar belakang pengumuman cintanya.


Pertunjukan cahaya bermula dengan paparan wajah menawan pelakon itu, diikuti dengan mesej yang mengatakan, "Michelle, saya berharap untuk menjadi bahu yang menghalang anda dari angin dan hujan - Mr.B."

Terdapat khabar angin bahawa Mr.B adalah salah seorang daripada rakan sekelas Michelle di Cheung Kong Graduate School Of Bussiness yang terus mengejar cinta daripada pelakon itu walaupun ditolak sebelum ini.

Ia juga mencetuskan spekulasi bahawa beliau adalah orang yang sama Michelle sebut dalam blog Weibo beliau bulan lalu, apabila dia menulis, "Jika saya jatuh cinta, ia akan menjadi dengan anda @BJ.L." Walaubagaimanapun pihak Michelle enggan memberi sebarang ulasan.

Sumber: ejeninfo.blogspot.com

Ngeri..Proses Sedut Lemak (6 Gambar)


Amaran: Gambar NSFW. Melihat gambar dalam entri ini akan membuatkan kamu kemungkinannya akan mengalami lemah lutut, tekak mula geli-geliman dan paling serius kamu akan muntah dengan kadar serta merta.

Proses sedut lemak atau liposuction yang begitu popular dalam kalangan kaum Hawa, adalah proses menghapuskan lemak dari lapisan bawah kulit. Liposuction tak bererti membuang lemak-lemak tepu di bahagian perut sahaja. Tetapi proses liposuction ini boleh di aplikasikan dalam menyingkir lemak/selulit di bahagian punggung, dagu, lengan, betis, leher dan bawah punggung.

Bagi tujuan penyingkiran lemak, satu tiub berskala halus akan dimasukkan di bahagian perut si mangsa (lapisan hypodermis) dan kemudiannya akan disedut menggunakan mesin khas. Pembedahan liposuction ini mengambil masa 1 hingga 1.5 jam. Sekarang mari lihat proses sedut lemak di Russia










Sumber oopsshmedia.blogspot.com

Dua Peserta Wakili Malaysia Sertai Ratu Cantik Pondan Antarabangsa


Dua rakyat Malaysia dikatakan menyertai Pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand, pada Jumaat lalu.

Peserta dengan nama gelaran Cicie Sinclair dan Hendra itu mewakili Malaysia dalam pertandingan kecantikan terbesar di dunia yang mempromosikan hak-hak transeksual dan wanita itu. Sinclair dikatakan berasal dari Sandakan, Sabah, manakala Hendra pula berasal dari Marang, Terengganu.




Peserta nombor enam, Sinclair dan peserta nombor 19, Hendra menyertai Pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand pada minggu lalu.



Berdasarkan laman web rasmi pertandingan itu, kedua-duanya yang merupakan peserta nombor enam dan 19, perlu bersaing dengan 25 peserta lain untuk merebut gelaran juara.
Pertandingan itu turut disertai peserta dari 19 negara di seluruh dunia, antaranya Filipina, Brazil, Venezuela, Mongolia, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Peserta dari Venezuela, Isabella Santiago berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$12,500 (RM41,800) dalam pertandingan ratu cantik itu.
Pemenang tahun ini juga boleh memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik secara percuma.

Penyertaan dua rakyat Malaysia itu dilihat boleh menghangatkan lagi kontroversi berhubung isu transgender, selepas mahkamah rayuan mengisytiharkan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai keputusan mahkamah rayuan berkenaan untuk membenarkan golongan transgender berpakaian dan berperwatakan seperti wanita.


Sumber celahgelegar.blogspot.com
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates