Responsive Banner design

Kerajaan Akan Bantu Cari Pesawat AirAsia Yang Hilang – PM

Kerajaan akan membantu untuk pihak Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ketika ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bagaimanapun ketika ini tidak menerima banyak maklumat berkaitan kejadian itu.
InfoAirAsiaHilang_1
“Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.


“Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
Pesawat PK-AXC yang hilang.
Pesawat PK-AXC yang hilang.
Pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 8.30 pagi tadi.
Ia disedari hilang dari rada pada kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
Laman Facebook AirAsia juga sudah pun mengesahkan perkara itu dan operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan. 
– MYNEWSHUB.CC

Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan Meningkat Mendadak Ke 93,000 Orang


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Di Kelantan hariini meningkat mendadak kepada 93,407 berbading hanya 50,000 orang setakat pukul 3.00 petang semalam.

Sebanyak 42,469 mangsa banjir di Kota Bharu di pindah kan dan merupakan kawasan paling tinggi mangsa banjir dilaporkan hari ini dengan 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Menurut sumber, air sungai Pasir Mas dan Sungai Golok hari ini dilaporkan telah naik melepasi paras berbahaya sekali lagi dan telah menenggelamkan semula rantau panjang.

Ada mereka berpendapat ia berpunca dari air empangan dari negara sebelah yang dilepaskan walaupun dinafikan oleh pihak berkuasa tempatan di sana.


-Sumber

Musibah Banjir Malaysia Jadi Berita Penting Akhbar British




MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirror Daily.

Dalam laporan menerusi laman webnya pada Sabtu, portal berita itu memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berkata," kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan makanan sampai kepada mangsa mengikut situasi banjir."

Mirror selain itu turut menyatakan jumlah mangsa banjir yang mencecah seramai 160,000 ketika ini menjadikan ia sebagai musibah terburuk di Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

Jelas laporan itu, pasukan penyelamat sedang berusaha sebaik mungkin di kawasan pantai timur yang telah mengorbankan seramai lima penduduk.

Muhyiddin dilapor berkata, usaha menyelamat terjejas akibat gangguan perhubungan menerusi jalan raya yang telah dinaiki air.

Mirror selain itu turut melaporkan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup memendekkan tempoh bercuti bersama pemimpin nombor satu dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke Malaysia.

Najib telah pulang ke Kelantan untuk melawat mangsa dan situasi banjir di negara itu pada Sabtu. - mStarOnline

Gempar: Pesawat AirAsia Hilang Dari Surabaya Ke Singapura

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu laporan Berita Harian.

Majlis Kahwin Tanpa Pengantin Lelaki, Pakej Unik Untuk Andartu Di Jepun


TOKYO – Sebuah agensi percutian tempatan, Cerca Travel di Kyoto, sebuah bandar ibu kota lama Jepun lebih seribu tahun sebelum berpindah ke Tokyo; menawarkan pakej unik majlis perkahwinan untuk wanita bujang yang ‘belum’ mempunyai pengantin lelaki.
Perkhidmatan ditawarkan meliputi gaun sepersalinan, jambangan bunga, dandanan rambut, kereta limosin, penginapan hotel dan album foto kenangan selain lawatan ke beberapa mahligai bersejarah tempatan, lapor agensi berita rasmi Jepun, Kyodo di sini hari ini.
Pengarah agensi itu, Yukiko Inoeu berkata, sejak dilancarkan pada Mei lalu, kira-kira 30 wanita dari seluruh Jepun telah menyertainya namun, hampir separuh daripada pelanggan tersebut sudah bersuami, cuma majlis perkahwinan terdahulu mereka tidak begitu meriah.
“Ada wanita berusia yang tidak puas hati dengan upacara perkahwinan sebelum itu sama ada dilangsungkan secara tradisional atau moden, lantas memilih pakej kami ini lebih kepada untuk memperbaharui semula ikrar perkahwinan mereka,” jelas beliau.
Inoue mengaku sengaja menciptakan pakej perkahwinan solo sebagai usaha psikologi bagi menggalakkan wanita bujang Jepun terlajak usia dan masih belum ada teman lelaki atau ditipu kekasih curang, agar memiliki perasaan positif terhadap status diri sendiri.
Namun ujar beliau, ada beberapa pelanggan agensi itu mengatakan mereka rasa lebih kesepian dan bertambah lagi sedih selepas menggunakan pakej ditawarkan walhal niat asalnya mahu bergembira dan melupakan kekurangan diri yang belum berteman.
Berdasarkan data Institut Kajian Keamanan Sosial dan Populasi Nasional yang dilaporkan akhbar Japan Times, semakin ramai warga Jepun lebih selesa hidup bersendirian kerana pelbagai alasan, seperti usia sudah lanjut, proses urbanisasi dan perceraian. – Agensi

Kejam!! Remaja Bunuh Gadis Mengandung Dan Membelah Perutnya



Mexico dikejutkan dengan jenayah kejam melibatkan seorang remaja, Guadalupe Salinas Hernandez, 17, yang membunuh seorang gadis lain yang sedang sarat mengandung sebelum membelah perutnya dan mengambil bayi dalam kandungannya.

Gadis tersebut , Nathaly Cartas Leon, 20, mengandung lapan bulan dan berkenalan dengan Hernandez melalui Facebook.


Mereka mula berkenalan ketika Hernandez mencari barangan bayi. Hernandez bertindak membunuh Nathaly kerana cemburu selepas dia menggugurkan bayinya sendiri.
Selepas berbuat demikian, Hernandez menyesal dan nekad mencari bayi lain.
Hernandez mendapat peluang tersebut apabila Nathaly mengunjungi rumahnya dan sebalik gadis itu melangkah masuk, dia terus memukul kepala mangsa dengan benda tumpul dan turut menikam mangsa beberapa kali.
Hernandez kemudiannya membelah perut mangsa dan mengambil bayi berkenaan.
Segalanya terbongkar apabila bayi berkenaan dibawa ke hospital oleh Hernandez dan selepas siasatan mendapati, bayi tersebut bukan meninggal dunia akibat kelahiran biasa tetapi kerana lemas dalam kandungan selepas kematian ibunya.
Hernandez akhirnya mengaku kesalahan yang dilakukannya. Mayat Nathaly juga ditemui di rumahnya.

Wanita Bunuh Diri Terjun Laut Bertukar Menjadi Lain Apabila Dirogol Nelayan



Hasrat seorang wanita untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat adik beradiknya yang lain dengan terjun ke laut  bertukar menjadi cerita lain apabila dia dihanyutkan ke tepi pantaikemudiannya dirogol dua nelayan.
Cubaan bunuh diri beramai ramai itu dilakukan selepas mereka sekeluarga telah dihalau dari rumah mereka di Puducherry.
Dalam insiden tersebut, dua adik beradik dan ibunya meninggal dunia manakala wanita tersebut bersama dua lagi adiknya dihanyutkan oleh arus.
Wanita itu mendakwa dia dirogol ketika tidak sedarkan diri. Dua nelayan berkenaan telah mengaku kepada polis mengenai jenayah itu.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat rakaman CCTV di hotel yang terletak di sekeliling pantai itu.

Bapa Rogol Anak Tiri Dan Liwat Anak Lelaki

Sekadar Hiasan
PETALING JAYA - Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya, yang berusia 12 tahun selama setahun, suspek turut didakwa meliwat anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Pendedahan yang mengejutkan itu diceritakan sendiri oleh anak lelaki suspek selepas dia mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya itu adalah satu jenayah.

“Kanak-kanak lelaki itu telah bertanya kepada ibunya di manakah bapanya dan ibunya memberitahu anaknya itu ayahnya ditahan kerana mendera kakak tirinya secara seksual.

“Perkara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan sedar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya,” Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Khairuddin Saad.

 Doktor turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah diliwat. Bagaimanapun, dua lagi anak suspek tidak didera.

Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Cheras Baru pada 13 Disember selepas anak perempuan tiri suspek memberitahu ibunya dia dirogol dua kali seminggu.  Ibu mangsa telah keluar rumah dengan membawa empat anaknya untuk tinggal bersama saudara mereka.

Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka. Remaja perempuan berkenaan merupakan anak ibunya daripada perkahwinan yang terdahulu.

Mangsa berkata suspek akan merogolnya di dalam bilik tidurnya atau bilik tidur suspek. Kejadian rogol itu berlaku apabila ibunya keluar bekerja dan ketika adik perempuannya yang lain bermain di luar rumah.

“Dia tidak ingat berapa kali dia dirogol. Apa yang dia beritahu kami ia terjadi banyak kali, mungkin dua kali seminggu,” kata Khairuddin. - mStar.

Pemuda Ajak Wanita Nama Sama Dengan Bekas Kekasih Melancong


TORONTO - KANADA. Seorang pemuda, Jordon Axani, 28, akhirnya menemui calon paling sesuai untuk menggantikan tempat bekas kekasihnya untuk melancong keliling dunia, lapor Associated Press.

Bulan lalu, Jordon dikatakan menjadi tumpuan apabila menawarkan tiket melancong keliling dunia secara percuma kepada mana-mana wanita yang bernama Elizabeth Gallagher.

Jordon dan bekas kekasihnya itu telah menempah tiket tersebut pada Mei lalu namun hubungan mereka berakhir dan Jordon tidak mahu tiket tersebut tidak digunakan.

Tiket pelancongan itu mempunyai polisi ketat yang tidak membenarkan pertukaran namun memandangkan ketika membuat tempahan, maklumat pasport tidak dikehendaki, maka tiket tersebut sah untuk mana-mana rakyat Kanada bernama Elizabeth Gallagher.

Jordon memuat naik tawaran tersebut di laman sosial media popular, Reddit menerima ribuan e-mel termasuk 18 Elizabeth Gallaghers yang mempunyai pasport.

Akhirnya Jordon telah memilih pasangan melancongnya, Elizabeth Quinn Gallagher, 23, dari Cole Harbour, Nova Scotia, seorang pelajar yang bekerja separuh masa di sebuah pejabat.

“Perjalanan ini akan menjadi begitu hebat,” kata Jordon.

Sementara itu, menurut Elizabeth, keputusan pergi melancong dengan individu yang tidak dikenali adalah sesuatu yang ‘gila’ namun berjaya diatasi melalui perbualan telefon dengan Jordon.

“Sudah tentu ini sesuatu yang menyeramkan pada awalnya tapi sekarang saya dah bercakap dengan dia, ia lebih hebat,” katanya.

Meskipun sudah mempunyai teman lelaki, namun Elizabeth menganggap perjalanan tersebut atas dasar kawan.

Percutian itu dijadualkan Ahad ini bermula di New York kemudian ke Milan, Prague, Paris, Bangkok dan New Delhi sebelum berakhir di Toronto pada 12 Januari depan. -Sinar Harian

Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015?

Berita terkini ambil keluar duit atau withdraw guna mesin ATM lain menerusi rangkaian MEPS dikenakan GST mulai 1 April 2015. Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenaka caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS. Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.

Caj Terkini Transaksi Duit Menerusi MEPS (Bank Lain)

  • RM1.06 mulai 1 April 2015


Panduan Contoh Transaksi ATM Kena GST Mulai 1 April 2015

  • Jika withdraw duit dari ATM lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.
  • Jika withdraw duit dari ATM bank sendiri maka tiada GST.


Komen Pengguna Laman Sosial Isu MEPS Kena GST




Sumber

Kejam: Gadis Dibunuh Dan Kulitnya Disiat


Mexico City: Seorang pelajar kejururawatan dibunuh dan kulitnya disiat selepas bercadang untuk mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa tirinya ke atas dirinya. Kassandra Bravo, 19, dilapor hilang awal bulan ini selepas tidak muncul untuk menjaga bayi di rumah rakan keluarganya.

Polis mengeluarkan notis orang hilang selepas menerima laporan daripada ibunya. Mayatnya ditemui dalam parit berhampiran jalan raya di Las Cocinas. Detektif yang menyiasat kes itu berkata, mulanya sukar untuk mengecam mayat Kassandra kerana kulit mukanya sudah disiat.

Hasil bedah siasat menunjukkan dia dicekik. Seorang rakannya memberitahu polis, Kassandra bercadang memberitahu ibunya Angela Bravo, 41, bahawa dia didera secara seksual sejak berumur 15 tahun. Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, tetapi menolak dakwaan dia mendera atau menyiat kulitnya. - Agensi

Isteri Hukum Suami Main Kayu Tiga Dengan Adik Sendiri


Suzhou: Menyedari pasangan anda main kayu tiga sudah pasti menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan rumah tangga.

Pastinya, keadaan menjadi lebih teruk apabila mendapati orang ketiga itu ialah adik kembar anda sendiri.

Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di Suzhou, bandar di timur China, yang mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan adik kembarnya.

Selepas sekian lama mengesyaki suami dan adiknya mempunyai hubungan intim, wanita berkenaan, Ting Su, 29, kelmarin menjejaki mereka dengan mengguna pengesan bergerak.

Dia berjaya menjejaki mereka di sebuah pusat beli-belah dan mendapati kedua-duanya dalam keadaan telanjang bulat di dalam kereta.


Sebaik menyedari Ting Su meninjau ke dalam kereta itu, suami dan adiknya bergegas keluar dari kereta berkenaan tanpa sebarang pakaian.

Wanita itu yang berang bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memalukan mereka.
Dia memasuki kereta itu dan memandunya, meninggalkan suami dan adik kembarnya itu dalam keadaan berbogel, di tempat letak kereta berkenaan.

Seorang saksi, You Meng berkata: “Sungguh melucukan. Orang ramai serta-merta mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan pasangan itu. Saya juga.

“Mulanya lelaki itu menumbuk-numbuk cermin kereta, menjerit meminta isterinya membuka pintu. Tetapi si isteri tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memandu.”

Menurut laporan media tempatan, Ting Su mengesyaki suami dan adik kembarnya menjalinkan hubungan sejak dia melahirkan anak kembar. Dia juga dilapor sudah memfailkan tuntutan cerai.

Sumber

Pelik: Lelaki Ini Habiskan RM521,000 Untuk Sama Dengan Kim Kardashian

London: Seorang lelaki Britain sanggup menghabiskan AS$150,000 (RM521,000) semata-mata mahu kelihatan seperti Kim Kardashian.

Jurumekap artis, Jordan James Park, 23, menjalani pembedahan, termasuk memuncungkan bibirnya seperti selebriti berusia 33 tahun itu.

Menurutnya, dia mula jatuh hati dengan Kim selepas menyaksikan siri Keeping Up With The Kardashians.
“Saya tertarik dengan apa saja mengenai Kim. Dia wanita paling menawan pernah saya lihat. Kulit, rambut dan semua yang ada padanya sungguh sempurna,” kata Park.

Dalam usaha untuk dia dilihat seperti Kim, Park menjalani lebih 50 pembedahan plastik, termasuk Botox, bibir dan pipi, tatu bulu mata dan pembuangan bulu roma menggunakan laser.
Walaupun dikritik beberapa pihak, Jordan tidak bimbang.

“Saya hanya ketawa bila orang berkata saya kelihatan buruk,” katanya. - Agensi


Penumpang China Buka Pintu Kecemasan Kapal Terbang Kerana Panas


Hangzhou: Kerana keadaan berkuap di dalam pesawat, seorang penumpang yang pertama kali menaiki pesawat membuka pintu kecemasan untuk mendapatkan udara segar ketika kapal tebang itu bersiap sedia untuk berlepas.

Tindakan lelaki itu memeranjatkan petugas Xiamen Airlines dan juga penumpang lain yang dalam penerbangan dari Hangzhou ke Chengdu kerana mereka belum pernah melihat keadaan itu berlaku.

Ditanya mengenai tindakannya itu oleh kakitangan pesawat, lelaki itu berkata, dia berasa panas dan rimas sementara menunggu pesawat itu berlepas.

Akhbar South China Morning Post berkata, petugas kemudian memindahkan lelaki itu ke tempat duduk lain, jauh dari pintu itu.

Kejadian berlaku selepas satu kejadian lain menyaksikan seorang penumpang membuka pintu kecemasan sebaik pesawat yang dinaiknya mendarat kerana hendak cepat keluar. Ia menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak 100,000 yuan (RM56,000). - Agensi

Lelaki Gelandangan Dapat RM114,383 Selepas Bantu Gadis Ini


LANCASHIRE (England): Seorang lelaki gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih £21,000 (RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk membantunya.

Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang.

Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya.

Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.

Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat. The Telegraph

Aktres Porno Anggap Diri Malaikat

Sekadar Hiasan
Vienna: Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’ jika dibandingkan dengan pelaku dosa lain.

Hanya dikenali sebagai Babsi, wanita itu berkata, dia tidak berasa berdosa kerana menjadikan gereja di Hoersching sebagai latar tempat lakonan lucahnya.

“Jika anda apa yang orang lain lakukan, anda akan sedar saya ini seorang malaikat,” katanya ketika menjawab soalan pendakwa, Alfred Schaumueller, di mahkamah semalam. Babsi, 29, ditangkap selepas aksi lucahnya di sebuah gereja tersebar.

Walaupun wajah pelakon filem itu tidak kelihatan dan polis merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi menangkap dalang di sebalik pembikinan filem berkenaan.

Paderi tempatan
Babsi - yang dilahirkan di Poland - akhirnya dikenal pasti melalui tanda pada payudaranya.
Hakim kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas Babsi, namun membenarkan pelaksanaannya ditangguhkan.

Dia juga didenda kira-kira RM23,200 - atau separuh daripada pendapatan yang diperolehnya daripada jualan video berkenaan. - Agensi


Remaja Sorok Mayat Kekasih Dalam Almari


Mexico City: Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun selepas mangsa berang setelah mengetahui dia bercinta dengan wanita lain. Yael Eduardo Espinosa Guerrero, 19, merayu polis mencari teman wanitanya, Silvia Paredes Moedano yang dilapor hilang minggu lalu. Dia juga cuba membantu mententeramkan keluarga mangsa.

Tetapi realitinya, Guerrero menyembunyikan mayat Silvia dalam almari di kamar tidurnya selepas dia mencekik mangsa hingga mati. Guererro bertindak demikian selepas Silvia mengetahui dia juga bercinta dengan wanita lain, Elia Carbajal Becerril, 22.

Lelaki itu yang masih belajar melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Tultitlan, utara Mexico City dan kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam almarinya. Dia juga dilapor meminta bantuan Elia untuk mencari mayat berkenaan yang disembunyikannya selama tiga hari sebelum ia ditemui polis.
Selepas Silvia ‘hilang’ minggu lalu, Guerrero mengiklankan dalam akhbar tempatan: ‘Di mana juga anda berada, ada orang yang merindui kamu. Kami berharap anda sihat.”

Kelmarin, ketika menyoal siasat ibu bapa Guerrero di kediamannya, polis menemui beg tangan mangsa di dalam bilik pelajar itu. “Beg tangan itu mempunyai kesan darah. Apabila dia pulang, anggota kami bertanya mengenai beg itu, tetapi dia melarikan diri.

“Dia akhirnya ditangkap dan cuba merasuah angggota kami untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis tempatan Macabeo Garcia. -hmetro

Pelajar Maut Terjun Van Rosak


Rompin: Tindakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjun dari kenderaan yang masih bergerak mengundang padah apabila dia maut akibat parah di kepala dan anggota badan di Kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, dekat sini, malam tadi.

Kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17, dari Taman Seri Inderapura, Kuantan, maut manakala bapanya yang dikenali sebagai Rozaidi berusia 40-an cedera ringan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku ketika van dipandu Rozaidi dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kompleks Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Ibam, dekat sini, ke kuarters berhampiran.

Namun ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba brek kenderaan terbabit dikatakan gagal berfungsi menyebabkan ia meluncur laju.

"Situasi itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang panik lalu bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dan terus melompat keluar.

"Van yang dipandu bapanya kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam gaung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjun," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi. - Harian Metro

Ibu Awie Hembus Nafas Terakhir Pagi Tadi Akibat Sakit Tua


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2014: Ibu kepada penyanyi dan juga pelakon, Awie, telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tadi.

Hajah Azizah Abd Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhir di kediaman Awie di Ukay Perdana akibat penyakit tua.


Jenazah Allahyarhamah akan dimandikan dan dikapankan di kediaman Awie sebelum dikebumikan setelah selesai solat Jumaat petang ini.

Hajah Azizah pergi meninggalkan 5 orang anak serta 16 orang cucu. Awie merupkan anak ke ketiga dari 5 beradik.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan takziah kepada Awie. 


Sumber

Vietnam Syak Ada Unsur Mengatur Keputusan Perlawanan


KUALA LUMPUR: Vietnam mengesyaki terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan susulan kekalahan pasukan kebangsaan mereka dalam pusingan kedua Piala AFF Suzuki malam tadi.

Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung dipetik dalam satu laporan oleh Thanh Nien News sebagai berkata tidak mungkin prestasi pertahanan pasukan negara tersebut jatuh dengan begitu mendadak.

Hung dung turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh, terutama pada bahagian pertahanan, dilakukan.

Antara lain, beliau tidak menolak terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan.

Bukan sahaja VFF,  malah terdapat penyokong Vietnam yang berasa wujud unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

Isu ini dibangkitkan selepas seorang pemain liga Vietnam dihukum penjara 30 bulan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan.

Manakala jurulatih pasukan, Toshiya Miura tidak pasti mengapa prestasi anak buahnya begitu merosot.

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti bahagian pertahanan banyak melakukan kesilapan dan begitu juga bahagian serangan,” katanya kepada Thanh Nien sejurus selepas perlawanan tamat.

Miura memberitahu, kegagalan Vietnam untuk mara ke final akan ditanggung olehnya.

“Sebagai jurulatih, saya memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan ini. Melihat peminat Vietnam yang memenuhi ruang stadium, saya sedar akan harapan mereka. Saya minta maaf kepada semua peminat pasukan Vietnam” jelas Miura.

Surat yang tersebar ini adalah khabar angin atau palsu
Sementara itu, di sosial media, mesej bergambar kononnya surat khabar Vietnam menggunakan tajuk utama ‘Tiger Eat Us At Home’ mula tersebar.

Namun, itu hanyalah khabar angin apabila hakikatnya, itu bukanlah tajuk utama yang digunakan akhbar di Vietnam.

Pada Khamis, skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua. - Astro Awani
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates