Responsive Banner design

Panik Tiada Lesen Motor, Gadis Tunjuk Polis Kad Izin Berpacaran


Seorang gadis di Indonesia yang panik selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.

Malangnya, gadis itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.

Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.

Gadis itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.

Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya terus memarahinya menyebabkan dia menangis dan meminta maaf.


Kad seperti itu dibuat hanya untuk tujuan suka-suka dan menjadi trending di kalangan pemuda-pemudi, lapor HarianMetro.

Gambar: Nenek Cantik Berusia 59 Tahun Masih Dikagumi Ramai


SEORANG wanita berusia 59 tahun dan selayaknya digelar nenek kerana sudah memiliki dua orang cucu ini ternyata dikagumi kerana kecantikannya yang luar biasa dan kelihata muda daripada umurnya.
Yasmina Rossi merupakan seorang model dalam industri fesyen antarabangsa dan masih giat serta laku dalam pasaran kerana keunikan serta kecantikan yang dimilikinya itu.
59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-11__880
Memulakan karier sebagai peragawati seawal usia 20-an, Yasmina yang lahir di Perancis pada tahun 1955 ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam industri berkenaan kerana pernah bekerjasama dengan jenama terkemuka antarabangsa seperti Marks and Spencer, Hermes, Macy’s, Yves Saint Laurent dan banyak lagi.
Kejelitaan yang terpancar di dalam setiap gambar model ini sentiasa dikagumi. Rambutnya yang berwarna silver sejak berusia 12 tahun itu dikatakan telah menjadi kelebihan kepada dirinya selama dia berkecimpung dalam bidang ini.
59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-6__880
59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-5__880
Model yang boleh dikategorikan dalam warga emas itu menyatakan dia tidak ada rahsia dalam memiliki rupa paras serta tubuh badan yang cantik selama ini.
Hanya mengamalkan pemakanan organik setiap hari, meletakkan minyak tertentu pada tubuh dan mengamalkan senaman untuk kecergasan diri, wanita itu percaya sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kecantikan dirinya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-2__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-3__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-7__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-9__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-10__880

59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-15__880
59-years-old-grandma-fashion-model-yasmina-rossi-12__880

Anthony Kevin Morais Dibunuh Kerana Dendam


Subang Jaya: Selepas 13 hari dilaporkan hilang polis hari ini mengesahkan mayat yang 
disimen di dalam tong dram dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3 di sini milik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat ditemui hasil pengakuan lima daripada tujuh suspek yang didalangi doktor berusia 52 tahunyang menunjukkan kepada polis mayat mangsa dibuang. Menurutnya, semua suspek ditahan di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang, semalam.

"Siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah dendam berhubung satu kes rasuah 
yang di kendalikan Kevin sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu.

"Penemuan mayat ini sekaligus melenyapkan spekulasi yang dikaitan dengan kes 1MDB dankematian Hussain Najadi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian. Katanya, seorang doktor di Hospital Tentera menjadi dalang utama kes penculikan dan pembunuhan ini.

Difahamkan, suspek membunuh mangsa sebelum diikat dan diletakkan di dalam guni sebelum disimen di dalam tong dram sebelum dicampakkan di parit di Jalan Subang 3, Subang 
Jaya. Doktor terbabit terlibat dengan kes rasuah yang masih dibicarakan dikendalikan 
mendiang di Mahkamah Tinggi Shah Alam, katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek lain berusia 22 hingga 52 tahun diupah bagi membunuh mangsa.

"Isteri dan anak salah seorang suspek juga ditahan bagi membantu siasatan, kita percaya ada persepakatan diantara semua suspek yang terlibat.

"Pihak kami juga percaya ada suspek lain terbabit dalam kes ini dan polis giat mengesan suspek bagi mengukuhkan siasatan," katanya.

Pasangan Tiru Semula Gaya Selfie Anak Perempuan Mereka Bersama Bf

Banyak cara yang boleh  dilakukan untuk mempamerkan kemesraan anda bersama pasangan di media sosial seperti di Facebook atau di Instagram. Ada juga yang memuatnaik gambar bersama pasangan hanya kerana ingin membuatkan orang lain berasa cemburu. Namun pernahkah anda bayangkan jika orang yang usianya jauh lebih tua dari anda  meniru semua ekspresi raut wajah dan gaya pose anda di dalam gambar yang anda muatnaik?
Kejadian yang unik ini dialami oleh seorang gadis  dari Amerika, dimana gaya pose serta ekspresi wajahnya ditiru oleh ibunya yang tidak mahu kalah serta memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial. Ibu ini meniru semula gaya pose puterinya yang baru saja menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka bernama Johnny setelah kedua-dua mereka memuatnaik gambar tersebut di Twitter.
Gadis yang bernama Emily Musson ini selalu mempamerkan kemesraannya bersama Johnny di laman sosial.  Pose kedua-dua beranak ini  sangat mirip dan membuatkan si ibu seakan terkenang kembali nostalgia ketika berpacaran di usia muda dahulu.
Persamaan gambar ibu dan anak yang tampil serupa di laman sosial media  lantas menjadi popular. Malah dalam waktu sehari, terdapat lebih dari 40 ribu pengguna Twitter melakukan “re-tweet” dan mendapat 56 ribu “favorite”. Emily mengaku amat terkejut kerana gambar kedua orang tuanya itu sudahpun menjadi viral.
Screen Shot 2015-09-15 at 3.50.40 PM
Anehnya, Emily masih belum lagi membawa Johnny untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya. Emily tidak terasa langsung dengan perbuatan kedua ibu-bapanya kerana dia selalu menjadi bahan gurauan mereka tetapi Emily  terkejut kerana ayahnya yang sangat pemalu itu sanggup melakukan aksi demikian.
“Ayah saya sangat pemalu orangnya dan amat terkejut serta hairan mengapa tiba-tiba dia mahu tampil begitu,” ujar Emily.
Sumber dari www.mtv.com

Rahsia Di Sebalik Gambar Ikonik Ini Yang Menjadi Tatapan Jutaan Penduduk Dunia

Nama Charles O’Rear mungkin masih asing di telinga dan ingatan anda, Tetapi sebenarnya anda mengenali dirinya melalui hasil karya yang menjadi tatapan berjuta ramai orang di muka bumi ini terutamanya pengguna Windows Xp. Hasil karya terkenalnya ialah sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi awan yang merupakan “wallpaper default “Windows XP.
Menurut Charles, gambar ini  diambil di Napa Valley yang terletak di sebelah utara San Francisco pada tahun 1996 dan yang menariknya gambar ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”. Gambar berjudul “Bliss” ini diambil dengan menggunakan kamera Mamiya RZ67 serta bantuan tripod.
Jurugambar National Geographic ini ketika itu sedang menuju ke kediaman  kekasihnya yang bernama Daphne, dan  kini telah pun secara sah menjadi isteri beliau. Ketika dalam perjalanan, dia menyaksikan awan-awan  terpisah di antara satu sama lain di atas rumput hijau yang sangat indah. Lalu jurugambar yang kini berusia 73 tahun turun dari kereta dan merakamkan detik indah pemandangan tersebut menggunakan kameranya.
Kemudian Chuck mempamerkan hasil karyanya itu di sebuah galeri gambar. Gambar ini dibeli oleh Microsoft pada tahun 2001 untuk digunakan sebagai wallpaper Windows XP. Tidak terlintas langsung di fikiran Chuck bahawa karnya itu menjadi tatapan jutaan penduduk dunia.
Pihak Microsoft sendiri datang untuk berjumpa dengan  Chuck pada awal April 2014 untuk mengadakan perbincangan mengenai gambar yang menjadi fenomena ini dan juga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jurugambar ini sebelum pihak Microsoft menamatkan sepenuhnya penggunaan sistem operasi Windows XP pada 8 April 2014.
Sumber dari Brilio.net

Doktor Jahit Tangan Pesakit Dalam Kulit Perut


Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat terkena besi panas.

Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan tayar lorinya pada bulan lalu.

Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian berjemur di tengah panas terik matahari.

“Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.

Menurutnya, ketika sampai di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu parah.

Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.

Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan.
“Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi membantunya sembuh.

“Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki berkenaan kini menjalani pemulihan. - Agensi

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates