Walaupun sudah cuba
macam-macam cara untuk berjauhan namun gagal juga! Jangan risau, REMAJA ada
cara yang boleh kamu ikuti! So tunggu apa lagi, jom hentikan ketagihan kamu
itu.
✔ PASANG AZAM & NIAT
Benda paling penting
adalah niat dan azam. Oleh itu sebelum lakukan ia pasang niat dan azam supaya
kamu kuat untuk hadapi hari-hari tanpa telefon bimbit atau gajet. Tetapi
tidak bermaksud kamu terus lupakan ia. Cukup sekadar hanya perlukan telefon bila
perlu sahaja.
✔ JANGAN BIASAKAN DIRI MEMEGANG TELEFON / SIMPAN DI DALAM BEG
Mungkin bagi kamu ia
biasa, tetapi ada setengah orang rasa jengkel dengan sikap kamu yang duduk
semeja dengan rakan-rakan tetapi menghabiskan masa dengan membelek telefon
sahaja. Apa yang boleh kamu lakukan, jangan biasakan diri memegang telefon atau
simpan sahaja telefon kamu di dalam beg seketika. Teknik ini juga dapat
mengelakkan kamu tertinggal telefon atau gajet di tempat awam.
✔ ANGGAP TELEFON KEHABISAN BATERI ATAU TOP UP
Susah sangat, anggap
sahaja kamu sudah kehabisan bateri atau top up jadi tiada fungsi untuk kamu
‘bermain’ dengan telefon atau gajet. Percayalah, sekali kamu dah setkan di
minda seperti ini ketagihan kamu akan berkurangan.
✔ DENDA
Buat satu game dan kenakan
denda. Ambil dan kumpulkan segala alat teknologi yang ada dan kumpulkan di satu
atau tengah meja makan. Kemudian tetapkan syarat atau denda, siapa yang ambil
dahulu barang peribadinya itu perlu belanja semua ahli atau mungkin apa sahaja
hukuman yang akan membuatkan masing-masing takut. Hahh, jangan kata kamu
sahaja, kawan-kawan kamu juga pasti takut untuk ambil kesempatan ini.
✔SIBUKKAN DIRI SEBENTAR
Sebenarnya kamu hanya
memerlukan telefon atau gajet kamu di saat bosan sahaja. Di waktu sibuk memang
kamu tak akan ingat semua tu. Oleh itu, cuba sibukkan diri hingga kamu lupa
tentang telefon kamu. Mana tidaknya, telefon dan kerja sudah tentu kerja
lebih penting bukan?
0 comments:
Post a Comment